Popular Posts

Friday, 7 February 2020

Jejak Perang Salib di Melaka

Terdapat dua buah lukisan yang menggambarkan serangan Kesultanan Aceh Darrusalam terhadap Portugis di Melaka. Kedua-dua lukisan ini kini berada di Museu de São Roque, Lisbon, Portugal. Ianya dilukis sekitar 1619 oleh André Reinoso.

Lukisan pertama bertajuk 'St. Francis Xavier blesses Portugueses soldiers' menggambarkan St Francis Xavier (1506-1552) yang sedang memberi restu kepada tentera Portugis berhampiran pelabuhan Melaka sebelum mereka menaiki kapal untuk menangkis serangan armada Aceh pada 4.12.1547.

Title: St. Francis Xavier blesses Portugueses soldiers
Creator: André Reinoso and Collaborator
Date created: c. 1619
Physical Dimensions: 90 x 103cm
Source: Museu de São Roque

Lukisan kedua pula bertajuk 'St. Francis Xavier tries to halt the invasion of Achenese pirates in Malacca' yang menggambarkan Xavier mengarahkan tentera Portugis untuk memberhentikan serangan gabungan tentera Islam yang menyerang Portugis Melaka pada 1547.

Title: St. Francis Xavier tries to halt the invasion of Achenese pirates in Malacca
Creator: André Reinoso and Collaborator
Date created: c.1619
Physical Dimensions: 104x158cm
Source: Museu de São Roque

Xavier diutuskan ke istana Portugal oleh Paderi Ignitius bagi memenuhi hasrat Raja Portugal yang inginkan mubaligh-mubaligh Jesuit dihantar ke wilayah-wilayah jajahannya di Hindia Timur kerana Raja Portugal mempercayai bahawa nilai-nilai Agama Kristian di kalangan askar Portugis semakin terhakis di wilayah-wilayah tersebut.

Kesultanan Aceh Darussalam dengan bantuan Empayar Turki Uthmaniyyah telah menyerang Portugis Melaka sebanyak lebih kurang 14 kali iaitu dari tahun 1537 sehingga 1629. Akan tetapi serangan-serangan tersebut gagal menembusi kota Melaka. Jadi lukisan-lukisan yang dibuat sekitar 1619 ini adalah bertujuan menunjukkan pengaruh Jesuit disebalik kejayaan askar Portugis dalam menangkis serangan Aceh tersebut. Lantas mengambarkan betapa pentingnya naungan Jesuit dalam menentukan kejayaan Portugis di Hindia Timur. Walhal dalam keadaan sebenar, usaha ketua-ketua tentera Portugis di Goa dan Melaka adalah untuk mengejar kekayaan dan meluaskan takluk jajahan. Malah, semasa di Melaka, Xavier telah mengutuskan surat kepada Raja Portugal dan menceritakan kehampaannya terhadap golongan elit di Goa dan meminta supaya Pasitan (BI: Inquisition) dimulakan untuk menghukum golongan elit tersebut yang dikatakan telah hilang nilai-nilai keagamaan mereka.

Di dalam tajuk gambar dan juga penerangan Museu de São Roque, Aceh tidak dikategorikan sebagai sebuah Kerajaan berdaulat, tetapi digelar sebagai "Achenese pirates" dan "Muslim pirates".  Sehingga kini, iaitu selepas berlalunya tempoh hampir lima abad, fakta dangkal dan prejudis ini masih gagal diperbetulkan pihak Muzium.


Friday, 31 January 2020

Mengapa Kerajaan Ming Tidak Membantu Sultan Melaka Melawan Portugis?

Pelabuhan Melaka sekitar tahun 1480. Pelukis: Ismail Embong (1987). Koleksi lukisan di Hang Tuah Centre, Melaka.

Setelah pelabuhan Melaka jatuh ke tangan Portugis pada Ogos 1511, Sultan Mahmud Shah (memerintah 1488-1511) terpaksa berundur ke Bertam, Batu Hampar, Pagoh and seterusnya ke Pahang di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada Kerajaan Ming.

Walaupun terdapat bukti bahawa Maharaja Zheng-de murka dengan serangan Portugis dan telah mengambil tindakan untuk menghukum pedagang dan mubaligh Portugis yang berada di Cina ketika itu, Kerajaan Ming tidak memainkan peranan lebih efektif yang diharap Sultan Mahmud Shah. Mengapakah ini terjadi walhal hubungan Cina dan Melaka dikatakan seperti abang-adik?

Pada pendapat saya terdapat rekod dalam Sejarah Ming iaitu Ming Shi-lu (MSL) yang boleh menggambarkan pendirian Maharaja-Maharaja Ming iaitu Hong-zhi (1487-1505) dan Zheng-de (1505-1521) tentang Sultan Mahmud Shah yang menjadi sebab mengapa Kerajaan Ming secara amnya enggan memberi bantuan dalam menawan pelabuhan Melaka untuk diperintah semula Kesultanan Melayu Melaka khusus dibawah Sultan Mahmud Shah.  Saya petik catatan MSL bertarikh 17.7.1505 tersebut:

"..when formerly the Supervising Secretary Lin Xiao went as envoy to Melaka, the ruler refused to face North on his knees. Xiao was then secluded and died of hunger. We were unable to go and punish the ruler's crime. The Emperor's orders and the state's dignity must be valued. It seems that in the countries across the seas, when they are without troubles they dispense with sending tribute to the Court and enthrone themselves. When they experience troubles, they use tribute missions to come and request enfeoffment. "

Menurut rekod MSL, lawatan ufti terakhir pembesar Melaka ke Cina sebelum rekod catatan 1505 ini dibuat adalah pada tahun 1481 iaitu lawatan Tuan Laksamana DiRaja Melaka yang bertujuan untuk membuat aduan terhadap Annam. (Lihat: Peranan 'Hang Tuah' Dalam Kes Pertikaian Melaka - Annam)

Walaupun terdapat rombongan Kerajaan Ming ke Melaka, ianya hanya untuk proses pertabalan di mana tiada lawatan balas dibuat. Hanya pada 1508 Melaka menghantar rombongan ufti di mana 21 orang pembesar Melaka dalam rombongan berikutnya iaitu pada tahun 1509 telah dibunuh akibat tindakan khianat bekas jurubahasa Cina ke Melaka yang berpakat dengan tentera Kerajaan Ming di 'Postal Relay Station' Guangdong. (Lihat: Di Manakah Hang Tuah Ketika Melaka Diserang Portugis?)

Dari catatan MSL ini, ketiadaan bantuan ketenteraan Kerajaan Ming pada 1511 adalah mungkin suatu hukuman akibat salah-laku terdahulu Sultan Mahmud Shah dalam keengganan baginda untuk mematuhi jadual ufti, keengganan berlutut menghadap arah utara dalam ritual pertabalan, dan tindakan baginda terhadap Supervising Secretary Lin Xiao yang dibiarkan mati kebuluran dalam kurungan. Tidak mustahil "hukuman" terhadap Melaka ini didahului oleh tragedi pembunuhan 21 orang pembesar Melaka di Guangdong pada tahun 1509 iaitu lawatan ufti kedua setelah ia dipraktikkan semula oleh Melaka pada tahun 1508. Tindakan ini dirancang rapi untuk menunda perjalanan pulang armada laut Melaka dan dengan itu melemahkan pertahanan Melaka ketika ianya diserang Portugis.

Rujukan:

The Ming Shi-lu (veritable records of the Ming Dynasty) as a source for Southeast Asian history, 14th to 17th centuries, Geoffrey Wade (1994).



Saturday, 18 January 2020

Orang Samarkand di Melaka

Gambaran rombongan pengembara di Laluan Sutera sekitar abad ke-14

Orang-orang Samarkand amnya terdiri dari orang berbangsa Turkik dan beragama Islam. Samarkand pernah menjadi ibu negeri Empayar Timurid (Amir Timur / Tamerlane) sekitar abad ke-14, dan ibu negeri Uzbekistan pada abad ke-19.

Portrait Tamerlane (Timurid / Amir Timur) memegang busar dan panah, dilukis sekitar abad ke 16. 

Folio dari Surah 21 (al-Anbiya) 'Samarkand Kufic Quran' atau 'Tashkent Quran'. AlQuran abad ke-8 ini dihadiahkan pedagang Samarkand kepada Maharaja Cina. Sumber: Palace Museum, Beijing.



Semenjak abad ke-2 sebelum Masihi, orang Samarkand mengembara hingga ke Cina melalui Laluan Sutera merentas padang pasir, gurun dan bukit dengan menunggang unta atau kuda.

Sekitar 1480an, rombongan Samarkand telah dicatatkan mengubah laluan tradisi dengan mengikuti laluan laut pula. Ini berlaku apabila Empayar Turki Uthmaniyyah beransur-ansur menutup jalan bagi Laluan Sutera setelah memberhentikan hubungan perdagangan dengan Cina bermula pada tahun 1453.

Laluan Sutera darat dan laut

Rekod Maharaja Ming iaitu Ming Shi-Lu (MSL) bertarikh 25.6.1485 mencatatkan terdapat percubaan rombongan ufti dari Sa-ma-er-han (MSL: 撒馬兒罕) (Samarkand) yang berhasrat hendak menggunakan jalan laut untuk pulang ke negara mereka. Walaubagaimanapun, Kerajaan Ming menganggap percubaan membeli singa dan hasrat membawanya ke Guang-dong melalui jalan laut menyusuri Melaka akan mengundang malang kepada Guang-dong. Catatan dari MSL dipetik:

"The Guang-dong Provincial Administration Commissioner of the Left Chen Xuan memorialized: "It has been heard that the Sa-ma-er-han envoy is to return to his country through Guang-dong and will go via the country of Melaka to try to purchase a lion to present. The lion is a useless wild animal. Guang-dong has for repeated years suffered floods and droughts and has also been subject to earthquakes. The movement of the stars and the portents have all been unusual and the people are not at peace in their lives. It is requested that orders be quickly conferred stopping this mission."
The memorial was sent to the Ministry of Rites which held:
"We should instruct the escorts and interpreters to ensure that once the envoy arrives in Guang-dong he returns home quickly and does not cause trouble."
This was approved."

Walaupun larangan ini dikeluarkan, orang-orang Samarkand di zaman pemerintahan Sayid Ahmad II (MSL: A-hei-ma) enggan mematuhinya dan telah memilih jalan laut melalui Selat Melaka. Terdapat pelayaran yang diketuai Zuo Fu pada Oktober 1485 yang mungkin telah dinaiki oleh orang-orang Samarkand tersebut untuk ke Melaka dan kemudian ke Teluk Parsi. Ketika itu Cina diperintah oleh Maharaja Chenghua (r.1464-1487) di mana pentadbirannya dipengaruhi gundik bernama Wan Guifei (Consort Wan).

Catatan MSL bertarikh 10.12.1489 pula jelas menunjukkan pertukaran laluan orang-orang Samarkand ini di mana mereka telah memilih jalan laut melalui Melaka untuk ke Cina. Ini membangkitkan kemarahan Kerajaan Ming yang mengeluarkan larangan kedua. Saya sertakan petikan MSL di bawah pemerintahan Maharaja Hong-zhi (1487-1505):

"Under the old regulations, Sa-ma-er-han always came to offer tribute through Gan-su, where the mission was examined and sent on. At this time, the envoys who had been sent by the king A-hei-ma, came on the route from the country of Melaka, to offer lions, parrots and other goods. When they reached Guang-zhou, the regional commander and the grand defender of Guang-dong/Guang-xi advised. The Emperor stated:
"I will not accept presents of rare birds and exotic animals. The fan envoys are villainous and guileful and they have not come along the regular route. Immediately send officials to stop them and send them back. The Guang-dong grand defender and grand coordinator have violated regulations by sending them on. They should be punished. However, I am leniently pardoning them, but the Ministry of Rites is to send a despatch of instruction to them."
The Ministry of Rites re-submitted its deliberations:
"Although the yi envoys have violated regulations in coming to offer tribute, they cannot be refused. That would be excessive. They should be provided with small rewards and it may also be considered providing biao-li of variegated silks and other goods for them to confer, on their return home, upon A-hei-ma to reward his thoughts, so that he will know of the Court's benevolence in treating those from the distance with kindness."
This was approved."

Pihak Universiti Sains Malaysia dan Jabatan Warisan Negara telah menjumpai rangka orang-orang ras kaukasia di sekitar bangunan Hongkong Bank Melaka pada tahun 2007 (kawasan Kubu Middleburgh) yang dikatakan telah disiksa tetapi dikebumi secara teratur.  Kawasan ini juga adalah dipercayai kawasan sempadan antara Istana Melaka dan Pelabuhan Melaka.



Didapati orang Eropah yang tiba di Melaka pada abad ke-15 ini disiksa dibahagian kaki di mana terdapat paku berukuran 4 inci yang menembusi bahagian lutut salah seorang dari mereka. Ini mungkin kesan penggunaan alat penyiksaan yang digelar "Malay boot" atau "Spanish boot".

Terdapat kemungkinan bahawa ini adalah rangka-rangka orang Samarkand yang tiba di pelabuhan Melaka di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Orang-orang Samarkand bersaiz besar dan mempunyai DNA campuran termasuk DNA Eropah, Caucus, Arab dan Asia Timur.

Lakaran orang-orang Samarkand (Uzbekistan) 1800an.

Kemungkinan besar mereka dihukum oleh Kerajaan Ming melalui ejen-ejen Guang-dong Grand Defender & Grand Coordinator apabila tiba di pelabuhan Melaka kerana melanggari perintah Maharaja Ming untuk tidak menggunakan jalan laut. Ini juga dapat menjelaskan mengapa mereka ditanam secara teratur di kawasan tersebut. Memandangkan mereka orang Islam, jenazah mereka dikebumikan oleh orang-orang Melaka di perkuburan tempatan yang terletak berhampiran pelabuhan iaitu berdekatan Balai Mendapa Istana Melaka.

Sumber:

1. The Ming Shi-lu (veritable records of the Ming Dynasty) as a source for Southeast Asian history, 14th to 17th centuries, Geoffrey Wade (1994).

2. https://en.m.wikipedia.org/wiki/Samarkand

3. https://en.m.wikipedia.org/wiki/Boot_(torture)


Ekspedisi Wilkes (1838-1842)

Kapal USS Vincennes, yang memuatkan 190 anak kapal dan merupakan kapal utama Ekspedisi Wilkes. Singapura adalah destinasi terakhir yang dila...