Popular Posts

Showing posts with label Pelabuhan Melaka. Show all posts
Showing posts with label Pelabuhan Melaka. Show all posts

Friday 31 January 2020

Mengapa Kerajaan Ming Tidak Membantu Sultan Melaka Melawan Portugis?

Pelabuhan Melaka sekitar tahun 1480. Pelukis: Ismail Embong (1987). Koleksi lukisan di Hang Tuah Centre, Melaka.

Setelah pelabuhan Melaka jatuh ke tangan Portugis pada Ogos 1511, Sultan Mahmud Shah (memerintah 1488-1511) terpaksa berundur ke Bertam, Batu Hampar, Pagoh and seterusnya ke Pahang di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada Kerajaan Ming.

Walaupun terdapat bukti bahawa Maharaja Zheng-de murka dengan serangan Portugis dan telah mengambil tindakan untuk menghukum pedagang dan mubaligh Portugis yang berada di Cina ketika itu, Kerajaan Ming tidak memainkan peranan lebih efektif yang diharap Sultan Mahmud Shah. Mengapakah ini terjadi walhal hubungan Cina dan Melaka dikatakan seperti abang-adik?

Pada pendapat saya terdapat rekod dalam Sejarah Ming iaitu Ming Shi-lu (MSL) yang boleh menggambarkan pendirian Maharaja-Maharaja Ming iaitu Hong-zhi (1487-1505) dan Zheng-de (1505-1521) tentang Sultan Mahmud Shah yang menjadi sebab mengapa Kerajaan Ming secara amnya enggan memberi bantuan dalam menawan pelabuhan Melaka untuk diperintah semula Kesultanan Melayu Melaka khusus dibawah Sultan Mahmud Shah.  Saya petik catatan MSL bertarikh 17.7.1505 tersebut:

"..when formerly the Supervising Secretary Lin Xiao went as envoy to Melaka, the ruler refused to face North on his knees. Xiao was then secluded and died of hunger. We were unable to go and punish the ruler's crime. The Emperor's orders and the state's dignity must be valued. It seems that in the countries across the seas, when they are without troubles they dispense with sending tribute to the Court and enthrone themselves. When they experience troubles, they use tribute missions to come and request enfeoffment. "

Menurut rekod MSL, lawatan ufti terakhir pembesar Melaka ke Cina sebelum rekod catatan 1505 ini dibuat adalah pada tahun 1481 iaitu lawatan Tuan Laksamana DiRaja Melaka yang bertujuan untuk membuat aduan terhadap Annam. (Lihat: Peranan 'Hang Tuah' Dalam Kes Pertikaian Melaka - Annam)

Walaupun terdapat rombongan Kerajaan Ming ke Melaka, ianya hanya untuk proses pertabalan di mana tiada lawatan balas dibuat. Hanya pada 1508 Melaka menghantar rombongan ufti di mana 21 orang pembesar Melaka dalam rombongan berikutnya iaitu pada tahun 1509 telah dibunuh akibat tindakan khianat bekas jurubahasa Cina ke Melaka yang berpakat dengan tentera Kerajaan Ming di 'Postal Relay Station' Guangdong. (Lihat: Di Manakah Hang Tuah Ketika Melaka Diserang Portugis?)

Dari catatan MSL ini, ketiadaan bantuan ketenteraan Kerajaan Ming pada 1511 adalah mungkin suatu hukuman akibat salah-laku terdahulu Sultan Mahmud Shah dalam keengganan baginda untuk mematuhi jadual ufti, keengganan berlutut menghadap arah utara dalam ritual pertabalan, dan tindakan baginda terhadap Supervising Secretary Lin Xiao yang dibiarkan mati kebuluran dalam kurungan. Tidak mustahil "hukuman" terhadap Melaka ini didahului oleh tragedi pembunuhan 21 orang pembesar Melaka di Guangdong pada tahun 1509 iaitu lawatan ufti kedua setelah ia dipraktikkan semula oleh Melaka pada tahun 1508. Tindakan ini dirancang rapi untuk menunda perjalanan pulang armada laut Melaka dan dengan itu melemahkan pertahanan Melaka ketika ianya diserang Portugis.

Rujukan:

The Ming Shi-lu (veritable records of the Ming Dynasty) as a source for Southeast Asian history, 14th to 17th centuries, Geoffrey Wade (1994).



Saturday 18 January 2020

Orang Samarkand di Melaka

Gambaran rombongan pengembara di Laluan Sutera sekitar abad ke-14

Orang-orang Samarkand amnya terdiri dari orang berbangsa Turkik dan beragama Islam. Samarkand pernah menjadi ibu negeri Empayar Timurid (Amir Timur / Tamerlane) sekitar abad ke-14, dan ibu negeri Uzbekistan pada abad ke-19.

Portrait Tamerlane (Timurid / Amir Timur) memegang busar dan panah, dilukis sekitar abad ke 16. 

Folio dari Surah 21 (al-Anbiya) 'Samarkand Kufic Quran' atau 'Tashkent Quran'. AlQuran abad ke-8 ini dihadiahkan pedagang Samarkand kepada Maharaja Cina. Sumber: Palace Museum, Beijing.



Semenjak abad ke-2 sebelum Masihi, orang Samarkand mengembara hingga ke Cina melalui Laluan Sutera merentas padang pasir, gurun dan bukit dengan menunggang unta atau kuda.

Sekitar 1480an, rombongan Samarkand telah dicatatkan mengubah laluan tradisi dengan mengikuti laluan laut pula. Ini berlaku apabila Empayar Turki Uthmaniyyah beransur-ansur menutup jalan bagi Laluan Sutera setelah memberhentikan hubungan perdagangan dengan Cina bermula pada tahun 1453.

Laluan Sutera darat dan laut

Rekod Maharaja Ming iaitu Ming Shi-Lu (MSL) bertarikh 25.6.1485 mencatatkan terdapat percubaan rombongan ufti dari Sa-ma-er-han (MSL: 撒馬兒罕) (Samarkand) yang berhasrat hendak menggunakan jalan laut untuk pulang ke negara mereka. Walaubagaimanapun, Kerajaan Ming menganggap percubaan membeli singa dan hasrat membawanya ke Guang-dong melalui jalan laut menyusuri Melaka akan mengundang malang kepada Guang-dong. Catatan dari MSL dipetik:

"The Guang-dong Provincial Administration Commissioner of the Left Chen Xuan memorialized: "It has been heard that the Sa-ma-er-han envoy is to return to his country through Guang-dong and will go via the country of Melaka to try to purchase a lion to present. The lion is a useless wild animal. Guang-dong has for repeated years suffered floods and droughts and has also been subject to earthquakes. The movement of the stars and the portents have all been unusual and the people are not at peace in their lives. It is requested that orders be quickly conferred stopping this mission."
The memorial was sent to the Ministry of Rites which held:
"We should instruct the escorts and interpreters to ensure that once the envoy arrives in Guang-dong he returns home quickly and does not cause trouble."
This was approved."

Walaupun larangan ini dikeluarkan, orang-orang Samarkand di zaman pemerintahan Sayid Ahmad II (MSL: A-hei-ma) enggan mematuhinya dan telah memilih jalan laut melalui Selat Melaka. Terdapat pelayaran yang diketuai Zuo Fu pada Oktober 1485 yang mungkin telah dinaiki oleh orang-orang Samarkand tersebut untuk ke Melaka dan kemudian ke Teluk Parsi. Ketika itu Cina diperintah oleh Maharaja Chenghua (r.1464-1487) di mana pentadbirannya dipengaruhi gundik bernama Wan Guifei (Consort Wan).

Catatan MSL bertarikh 10.12.1489 pula jelas menunjukkan pertukaran laluan orang-orang Samarkand ini di mana mereka telah memilih jalan laut melalui Melaka untuk ke Cina. Ini membangkitkan kemarahan Kerajaan Ming yang mengeluarkan larangan kedua. Saya sertakan petikan MSL di bawah pemerintahan Maharaja Hong-zhi (1487-1505):

"Under the old regulations, Sa-ma-er-han always came to offer tribute through Gan-su, where the mission was examined and sent on. At this time, the envoys who had been sent by the king A-hei-ma, came on the route from the country of Melaka, to offer lions, parrots and other goods. When they reached Guang-zhou, the regional commander and the grand defender of Guang-dong/Guang-xi advised. The Emperor stated:
"I will not accept presents of rare birds and exotic animals. The fan envoys are villainous and guileful and they have not come along the regular route. Immediately send officials to stop them and send them back. The Guang-dong grand defender and grand coordinator have violated regulations by sending them on. They should be punished. However, I am leniently pardoning them, but the Ministry of Rites is to send a despatch of instruction to them."
The Ministry of Rites re-submitted its deliberations:
"Although the yi envoys have violated regulations in coming to offer tribute, they cannot be refused. That would be excessive. They should be provided with small rewards and it may also be considered providing biao-li of variegated silks and other goods for them to confer, on their return home, upon A-hei-ma to reward his thoughts, so that he will know of the Court's benevolence in treating those from the distance with kindness."
This was approved."

Pihak Universiti Sains Malaysia dan Jabatan Warisan Negara telah menjumpai rangka orang-orang ras kaukasia di sekitar bangunan Hongkong Bank Melaka pada tahun 2007 (kawasan Kubu Middleburgh) yang dikatakan telah disiksa tetapi dikebumi secara teratur.  Kawasan ini juga adalah dipercayai kawasan sempadan antara Istana Melaka dan Pelabuhan Melaka.



Didapati orang Eropah yang tiba di Melaka pada abad ke-15 ini disiksa dibahagian kaki di mana terdapat paku berukuran 4 inci yang menembusi bahagian lutut salah seorang dari mereka. Ini mungkin kesan penggunaan alat penyiksaan yang digelar "Malay boot" atau "Spanish boot".

Terdapat kemungkinan bahawa ini adalah rangka-rangka orang Samarkand yang tiba di pelabuhan Melaka di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Orang-orang Samarkand bersaiz besar dan mempunyai DNA campuran termasuk DNA Eropah, Caucus, Arab dan Asia Timur.

Lakaran orang-orang Samarkand (Uzbekistan) 1800an.

Kemungkinan besar mereka dihukum oleh Kerajaan Ming melalui ejen-ejen Guang-dong Grand Defender & Grand Coordinator apabila tiba di pelabuhan Melaka kerana melanggari perintah Maharaja Ming untuk tidak menggunakan jalan laut. Ini juga dapat menjelaskan mengapa mereka ditanam secara teratur di kawasan tersebut. Memandangkan mereka orang Islam, jenazah mereka dikebumikan oleh orang-orang Melaka di perkuburan tempatan yang terletak berhampiran pelabuhan iaitu berdekatan Balai Mendapa Istana Melaka.

Sumber:

1. The Ming Shi-lu (veritable records of the Ming Dynasty) as a source for Southeast Asian history, 14th to 17th centuries, Geoffrey Wade (1994).

2. https://en.m.wikipedia.org/wiki/Samarkand

3. https://en.m.wikipedia.org/wiki/Boot_(torture)


Sunday 12 January 2020

Pelabuhan Kesultanan Melayu Melaka

Gambar 1 dan 2 menunjukkan sebahagian dari lukisan bertajuk "Along the River During the Qingming Festival" yang dilukis semula pada abad ke-18 dan dipamirkan di Palace Museum, Beijing. Ia adalah berasaskan karya asal sepanjang 5 meter yang dilukis oleh Zhang Zeduan (1085–1145) pada zaman Dinasti Song (960-1127).


Gambar 1


Gambar 2

Lukisan Zhang Zeduan tersebut menunjukkan keadaan diluar kota Bianjing (kini Kaifeng, Henan) semasa perayaan Qingming (Ceng Beng) iaitu perayaan untuk mengingati nenek moyang.  Di dalam lukisan tersebut terdapat jambatan yang digelar "rainbow bridge" yang mempunyai ruang untuk berjual-beli. Jambatan sebenar dalam lukisan asal abad ke-11 (Gambar 3) dikatakan diperbuat dari kayu.

Gambar 3

Ianya tidak mempunyai tiang demi memudahkan laluan kapal dari kawasan pelabuhan ke bandar. Jika diteliti, ianya mempunyai struktur sokongan yang sama seperti "self-supporting bridge" yang dikatakan direka Leonardo da Vinci sekitar tahun 1478 hingga 1519 (Gambar 4).

Gambar 4

Di kawasan tebing sungai terdapat tembok-tembok kayu dan batu bagi mengasingkan kawasan pelabuhan dan kawasan bandar. Lukisan Zhang Zeduan ini juga menunjukkan bahawa tiang layar kapal zaman Dinasti Song boleh dicabut untuk memudahkannya melepasi had ketinggian jambatan tersebut. Ditunjukkan juga cara bagaimana kapal berlabuh dan memunggah barang dagangan dipelabuhan sungai di kota Bianjing tersebut. Lihat video tentang lukisan asal:


Apa yang menarik adalah lukisan ini hampir sama dengan deskripsi Ma Huan tentang keadaan pelabuhan Melaka sekitar tahun 1430an iaitu di zaman pemerintahan Sultan Muhammad Shah ibni Almarhum Sultan Megat Iskandar Shah.  Ma Huan adalah seorang jurubahasa beragama Islam yang bertugas dibawah kepimpinan Laksamana Zheng He (Cheng Ho). Saya petik terjemahan deskripsi Ma Huan dalam bukunya yang bertajuk Ying Yai Sheng Lan 瀛涯勝覽 ("Overall Survey of the Ocean's Shores"):

"There is one large river (the Malacca River) whose waters flow down past the front of the king's residence to enter the sea. Over the river the king has constructed a wooden bridge, on which were built more than twenty bridge pavilions, [and] all trading in every article takes place on this [bridge]"

"Whenever, the treasure ships of the Central Country (China) arrived there, [the Malaccans] at once erected a line of stockading, like a city wall, and set up towers for the watch-drums at four gates. At night they had patrols of police carrying bells; inside again they erected a second stockade, like a small city wall, [within which] they constructed warehouses and granaries; [and] all the money and the provisions were stored in them. The ships, which had gone to various countries returned to this place and assembled; they marshalled the foreign goods and loaded them in the ships; [then] waited till the south wind was perfectly favourable. In the middle of the fifth moon they put to sea and returned home."

Melalui catatan Alfonso de Albuquerque,  pada serangan tahun 1511, Portugis mengalami kesukaran dalam menawan jambatan Melaka yang dikatakan diperkukuh kubu ("stockades"), dipertahan oleh pemanah, istinggar dan meriam; dan juga dikatakan agak tinggi kedudukannya dari paras air. Secara amnya, ianya sukar dicerobohi melalui jong yang digunakan untuk menghampiri dan menawan kedudukan strategik jambatan tersebut. Ini membuktikan bahawa jambatan Melaka ketika itu dibina dalam struktur tinggi bagi membolehkan kapal lalu dibawahnya.

Menurut Kung Chen (1434) dalam Hsi Yang Fan Kuo Chih 西洋蕃國誌 ("Records of the Western Barbarian Countries") orang-orang Cina menganggap kawasan pelabuhan Melaka ini sebagai kawasan khusus untuk pedagang asing (foreign prefecture). Kung Chen merekodkan bahawa kapal dari Champa, Ayutthaya dan Majapahit membawa barangan mereka untuk disimpan di gudang-gudang yang didirikan di pelabuhan Melaka. Ianya kemudian dimuatkan ke dalam kapal-kapal lain untuk ke Parsi, India dan Cina.

Kewujudan pelabuhan entrepot atau 'transshipment port' yang sistematik ini boleh dirujuk silang dengan rekod tempatan di mana pelabuhan di zaman Kesultanan Melaka dikatakan dikawal selia oleh 4 orang Syahbandar. Dicatatkan Syahbandar pertama ditugaskan untuk menjaga hal-ehwal dan pengutipan cukai pedagang dari Gujerat; Syahbandar kedua bagi hal-ehwal pedagang dari Cina, Ryukyu, dan Champa; Syahbandar ketiga bagi hal-ehwal pedagang dari Kalingga, Pegu, Benggala, dan Parsi; dan Syahbandar keempat bagi hal-ehwal pedagang dari Pulau Jawa, Banda, Borneo, Filipina, Maluku, Kalimantan, dan Pasai.

Pedagang asing juga digambarkan oleh Tun Seri Lanang dalam Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) sebagai berdamping rapat dengan pentadbiran Kesultanan Melaka. Ramai di antara mereka adalah saudagar-saudagar Kalingga dan Gujerat seperti Nila Sura Dewana, Kitul, dan Aki Manu Nayan. Ada antara mereka yang amat berpengaruh dan telah dilantik oleh Sultan Melaka sebagai Syahbandar seperti Raja Mendaliar dari Kalingga dan Patih Adam dari Surabaya.

Berbalik kepada deskripsi Ma Huan, selain dari mempunyai jambatan yang mengandungi lebih dari 20 tempat untuk berjual-beli, pelabuhan Melaka sekitar tahun 1430an dikatakan dikelilingi tembok kayu dengan 4 pintu masuk. Berdekatan setiap pintu didirikan menara tinjau yang dilengkapi gendang isyarat di mana ianya dikawal rapi siang dan malam.  Berdasarkan catatan Ma Huan juga, tembok kayu tersebut akan dibuka semula apabila berakhir musim perdagangan. Kepadatan kawasan pelabuhan dan keperluan institusi Istana untuk berhubung terus dan mentadbir kawasan pelabuhan semasa musim berdagang adalah mungkin sebab utama mengapa tiada tembok kekal atau tembok batu didirikan.

Pada pendapat saya, 4 pintu pagar dalam deskripsi Ma Huan mungkin merujuk kepada pintu-pintu bagi setiap bahagian kumpulan pedagang yang dikawal selia setiap seorang Syahbandar Melaka. Seperti sistem "feitoria" dan sistem Canton yang diperkenalkan di pelabuhan-pelabuhan jajahan Portugis, kawasan pelabuhan Melaka ini adalah kawasan khusus bagi pedagang asing di mana tembok kayu dan menara kawalan didirikan mengikut musim pelayaran. Kemungkinan besar ianya terletak di kawasan tebing sungai berhampiran Balai Mendapa Istana Kesultanan Melayu Melaka (kini kawasan Kubu Middleburg). Secara kesimpulan, pelabuhan Melaka ditadbir secara sistematik dan menjadi pemangkin kepada kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka sekitar pertengahan abad ke-15.

Rujukan:

1. Blanchard, I., Mining, Metallurgy and Minting in the Middle Ages: Vol. 3: Continuing Afro-European Supremacy, 1250-1450 (African Gold Production and the Second and Third European Silver Production Long-cycles) (Stuttgard: Franz Steiner Verlarg, 2005)

2. Groenevelt, W. P., Notes on the Malay Archipelago and Malacca compiled from Chinese Sources (Batavia: Bruining, 1876),

3. Sejarah Melayu diusahakan oleh W.G. Shellabear, Fajar Bakti, (1978).

4. Comentários de Afonso de Albuquerque, (1557), t. A Bailo, Combra (1923).

5. https://en.m.wikipedia.org/wiki/Canton_System

6. https://pt.m.wikipedia.org/wiki/Feitorias_portuguesas

7. "Along the River During the Qingming Festival", Palace Museum, Beijing.



Ekspedisi Wilkes (1838-1842)

Kapal USS Vincennes, yang memuatkan 190 anak kapal dan merupakan kapal utama Ekspedisi Wilkes. Singapura adalah destinasi terakhir yang dila...