Popular Posts

Showing posts with label Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Show all posts
Showing posts with label Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Show all posts

Saturday 20 June 2020

Titah Ucapan Raja-Raja Melayu Kepada King George V



Titah ucapan dari Raja-Raja Melayu Negeri-Negeri Melayu Bersekutu kepada King George V (1865-1936) sempena sambutan Jubli Perak Raja England tersebut pada 6.5.1935.  Ianya dipamirkan di Istana Windsor bersama-sama sarung watikah gading dan kotak jati berhias sutera biru.






Rekod Istana Windsor mencatat seperti berikut:-

"A Silver Jubilee address with elaborate illuminated border around two and a half sides. It has an accompanying plain ivory cylinder casket (with screw fittings) with a blank reserve where the now loose brass plaque was once attached and a plain wooden presentation box, lined in blue silk."

Titah ucapan tersebut ditandatangani oleh Sultan Perak iaitu Sultan Iskandar Shah Ibni Almarhum Sultan Idris (1876 -1938), Sultan Selangor iaitu Sultan Alaeddin Sulaiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa (1863-1938), Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan iaitu Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad (1895-1960), dan Sultan Pahang iaitu Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah al-Mu’tassim Billah Shah (1904-1974).

Dalam membalas ucapan dan menzahirkan tanda terima kasih, King George V telah merekodkan titah ucapannya buat julung-julung kali di mana titah ucapan tersebut menjadi latar kepada rakaman klip upacara Jubli Perak yang disimpan oleh British Pathé.




King George V mangkat akibat bronkitis pada 20.1.1936 iaitu lebih kurang 8 1/2 bulan selepas upacara sambutan Jubli Perak tersebut.


Sumber:

1. Royal Collection Trust.

2. British Pathé.



Advertisement

Advertisement


Advertisement






Wednesday 11 December 2019

Pasukan Bersenjata Melayu Pertama Di England

Pada tahun 1897, beberapa anggota dari Pasukan Polis Bersenjata Melayu telah dihantar oleh Negeri-Negeri Melayu Bersekutu untuk menyertai perbarisan penuh sempena meraikan Jubli Intan Ratu Victoria di London, England, pada 22.6.1897 (Gambar 1) dan video.

Gambar 1: Pasukan Polis Bersenjata Melayu di Jubli Intan Ratu Victoria, London, England, 1897.
Sumber: Rijks Museum.



Ketika itu Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMS) iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan mempunyai seramai 952 anggota Polis Melayu yang terbahagi kepada pasukan infantri dan artileri. Walaupun dinamakan Polis, tugas yang mereka jalankan adalah pada amnya berbentuk ketenteraan. Lihat gambar pasukan Polis Negeri Selangor di Bluff Road (Bukit Aman) Kuala Lumpur (Gambar 2, 3 & 4).

Gambar 2: Pasukan Polis Selangor, di Kuala Lumpur (c. 1880). Sumber: Leiden University Library.

Gambar 3: Pasukan Polis Selangor, di Kuala Lumpur (c. 1880). Sumber: Leiden University Library

Gambar 4: Pasukan Polis Selangor, di Kuala Lumpur (c. 1880). Sumber: Leiden University Library.

Pencapaian tertinggi di zaman kolonial bagi anggota Polis Melayu ialah apabila Raja Alang lskandar Ibni Sultan Idris Shah I dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya Polis pada 1.8.1905. (Gambar 5).

Gambar 5: Raja Alang lskandar Ibni Sultan Idris Shah I. Sumber: Arkib Negara Malaysia.

37 tahun kemudian, pusat latihan Polis dipindahkan Bluff Road (Bukit Aman) ke PULAPOL di Jalan Henry Gurney (Jalan Semarak / Jalan Sultan Yahya Petra).

Di era moden kita juga dapat melihat pasukan bersenjata Melayu dijemput menyertai perbarisan dan tugas rasmi di England. Ini berlaku apabila Kawalan Kehormatan Utama (KKU) 1 dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dijemput untuk menjaga perkarangan Istana Buckingham, menyertai istiadat pertukaran pengawal (Changing of Guards), membuat persembahan pancaragam, 'Beating Retreats', dan menyaksikan raptai penuh perbarisan hari ulang Tahun Ratu Elizabeth II pada tahun 2008. Lihat video:




Walaubagaimanapun, berdasarkan sejarah, pasukan bersenjata Melayu pertama yang bertugas di England adalah bukannya KKU 1 RAMD pada 2008 seperti yang dilapor akhbar. Akan tetapi, ianya berlaku 111 tahun lebih awal iaitu semasa anggota Pasukan Polis Bersenjata Melayu FMS menjalankan tugasan mereka semasa Jubli Intan Ratu Victoria pada tahun 1897.

Rujukan:

1. https://www.bbc.com/news/uk-17368499

2. https://www.bharian.com.my/node/60585

3. https://www.rmp.gov.my/infor-korporate/polis-diraja-malaysia/sejarah/pasukan-polis-negeri-negeri-melayu-bersekutu

4. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Polis_Diraja_Malaysia



Ekspedisi Wilkes (1838-1842)

Kapal USS Vincennes, yang memuatkan 190 anak kapal dan merupakan kapal utama Ekspedisi Wilkes. Singapura adalah destinasi terakhir yang dila...