Gambar 1: Pasukan Polis Bersenjata Melayu di Jubli Intan Ratu Victoria, London, England, 1897. Sumber: Rijks Museum. |
Ketika itu Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMS) iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan mempunyai seramai 952 anggota Polis Melayu yang terbahagi kepada pasukan infantri dan artileri. Walaupun dinamakan Polis, tugas yang mereka jalankan adalah pada amnya berbentuk ketenteraan. Lihat gambar pasukan Polis Negeri Selangor di Bluff Road (Bukit Aman) Kuala Lumpur (Gambar 2, 3 & 4).
Gambar 2: Pasukan Polis Selangor, di Kuala Lumpur (c. 1880). Sumber: Leiden University Library. |
Gambar 3: Pasukan Polis Selangor, di Kuala Lumpur (c. 1880). Sumber: Leiden University Library |
Gambar 4: Pasukan Polis Selangor, di Kuala Lumpur (c. 1880). Sumber: Leiden University Library. |
Pencapaian tertinggi di zaman kolonial bagi anggota Polis Melayu ialah apabila Raja Alang lskandar Ibni Sultan Idris Shah I dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya Polis pada 1.8.1905. (Gambar 5).
Gambar 5: Raja Alang lskandar Ibni Sultan Idris Shah I. Sumber: Arkib Negara Malaysia. |
37 tahun kemudian, pusat latihan Polis dipindahkan Bluff Road (Bukit Aman) ke PULAPOL di Jalan Henry Gurney (Jalan Semarak / Jalan Sultan Yahya Petra).
Di era moden kita juga dapat melihat pasukan bersenjata Melayu dijemput menyertai perbarisan dan tugas rasmi di England. Ini berlaku apabila Kawalan Kehormatan Utama (KKU) 1 dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dijemput untuk menjaga perkarangan Istana Buckingham, menyertai istiadat pertukaran pengawal (Changing of Guards), membuat persembahan pancaragam, 'Beating Retreats', dan menyaksikan raptai penuh perbarisan hari ulang Tahun Ratu Elizabeth II pada tahun 2008. Lihat video:
Walaubagaimanapun, berdasarkan sejarah, pasukan bersenjata Melayu pertama yang bertugas di England adalah bukannya KKU 1 RAMD pada 2008 seperti yang dilapor akhbar. Akan tetapi, ianya berlaku 111 tahun lebih awal iaitu semasa anggota Pasukan Polis Bersenjata Melayu FMS menjalankan tugasan mereka semasa Jubli Intan Ratu Victoria pada tahun 1897.
Rujukan:
1. https://www.bbc.com/news/uk-17368499
2. https://www.bharian.com.my/node/60585
3. https://www.rmp.gov.my/infor-korporate/polis-diraja-malaysia/sejarah/pasukan-polis-negeri-negeri-melayu-bersekutu
4. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Polis_Diraja_Malaysia