Di Perpustakaan Negara Brazil atau Biblioteca Nacional do Brasil (BNB) tersimpan sebuah artifak dalam bentuk pelan kartografi era Portugis Melaka. Ianya adalah lakaran "bird's eye view" paling realistik tentang keadaan kota Melaka pada abad ke-16 (Gambar 1).
Pada tahun 1988, Pierre-Yves Manguin membuat kajian terhadap salinan negatif lakaran tahun 1568 tersebut yang tidak beberapa jelas resolusinya. Kini, lakaran tersebut telah diimbas secara digital oleh BNB dalam fail bersaiz 32.4MB di mana kita berpeluang untuk melihat imejnya yang lebih jelas dan terperinci.
Gambar 2: Penandaan struktur bangunan dalam kota Melaka di zaman Portugis |
Dalam Gambar 2, saya senaraikan struktur bangunan kota Melaka yang dikenal-pasti dari imbasan digital lakaran 1568 tersebut:-
1) Bastion São Domingos,
2) Bastion Madre de Deos,
3) Bastion São Tiago (Bastion Onze Mil Virgens terlindung dibelakang Bukit St Paul),
4) Jambatan merentasi Sungai Melaka,
5) Ribeira (waterfront / tempat penurunan kargo, iaitu bekas tapak Pelabuhan Kesultanan Melayu Melaka),
a) Menara Famosa (bekas tapak Masjid Raya dan Balai Mendapa Istana Kesultanan Melaka)
b) Gereja São Domingos dan Konven,
c) Alfândega (Gudang Kastam),
d) Palacio do Bispo (Istana Uskop) (bekas tapak Balai Penanggahan Istana Kesultanan Melaka)
e) Katedral Nossa Senhora da Asumpção,
f) Câmara (Majlis Perbandaran) & Aljube (Penjara),
g) Hospital untuk rakyat miskin,
h) Miserićordia (Gereja & penempatan Confraternity of Mercy),
i) Menara loceng,
j) Gereja Nossa Senhora da Annunciada & Jesuit College (Gereja St Paul),
k) Hospital diRaja.
Saya petik terjemahan yang dibuat oleh Pierre-Yves Manguin (1988) tentang teks tersebut:-
Lakaran dakwat hitam bersaiz 44 x 81.5 inci tersebut dipercayai dihasilkan seorang pakar kartografi yang menetap di kota Melaka. Beliau dapat menerapkan pengetahuan tempatan tentang mukabumi dan keadaan sekeliling kota Melaka semasa pengepungan kota tersebut pada tahun 1568. Rumah-rumah di Upeh yang dilakar mengandungi bangunan batu 2 tingkat. Walaupun ada kawasan yang agak tidak realistik keluasannya, dari sudut senibina, lakaran 1568 ini adalah lebih teliti dari lakaran dan catatan Manuel Godinho de Erédia (1613) yang gagal menunjukkan kepelbagaian struktur bangunan di Upeh dan kota Melaka.

Juga didapati lebih jelas adalah imbasan digital berkenaan teks deskripsi lakaran 1568 tersebut (Gambar 3).
Saya petik terjemahan yang dibuat oleh Pierre-Yves Manguin (1988) tentang teks tersebut:-
"During King dom Sabastiaõ's Reign, with Vice-Roy Dom Antão de Noronha as the Governor of the Estado da India, Sultan 'Ala ad-Din [Ri'ayat Syah alKahar], King of Aceh and other Kingdoms came to Melaka and laid siege to this city, when Dom Lionis Pereira was her Captain. [The Captain] defended the city with two hundred Portuguese, whilst the enemy brought three hundred sails and fifteen thousand soldiers, amongst whom were many Turks and Renegades and other people of various nations and ten thousand attendants. And the Captain forced [the Sultan] to abandon the siege, after killing his eldest son the King of Aru, four thousand men and the paramount Captains and soldiers of his army, and taking a few pieces of artillery from him. In the year of 1568."
Lakaran dakwat hitam bersaiz 44 x 81.5 inci tersebut dipercayai dihasilkan seorang pakar kartografi yang menetap di kota Melaka. Beliau dapat menerapkan pengetahuan tempatan tentang mukabumi dan keadaan sekeliling kota Melaka semasa pengepungan kota tersebut pada tahun 1568. Rumah-rumah di Upeh yang dilakar mengandungi bangunan batu 2 tingkat. Walaupun ada kawasan yang agak tidak realistik keluasannya, dari sudut senibina, lakaran 1568 ini adalah lebih teliti dari lakaran dan catatan Manuel Godinho de Erédia (1613) yang gagal menunjukkan kepelbagaian struktur bangunan di Upeh dan kota Melaka.
Secara amnya, lakaran 1568 ini menggambarkan keberkesanan rangkaian tembok batu yang ketika itu hampir siap dibina mengelilingi kota Melaka. Tembok batu tersebut mula dibina pada tahun 1564. Pengepungan terakhir kota Melaka oleh tentera Johor, Perak dan Jawa pada tahun 1551 banyak memberi pengajaran kepada Portugis di mana mereka telah menambah bilangan meriam dan memperkukuh kota Melaka dengan dinding batu.
Serangan tahun 1568 ini terjadi ekoran kesepakatan yang diatur oleh Empayar Turki Uthmaniyyah yang cuba mengusir Portugis keluar dari Melaka dan juga dari penempatan-penempatan lain di pesisir India. Ketika itu, tindakan pemangsa kapal-kapal Portugis menjadikan perairan Selat Melaka tidak selamat bagi pedagang Islam. Menurut Charles Truxillo (2012), Kesultanan Aceh menghantar 15,000 orang bala tentera. Bercanggah dengan teks lakaran 1568 ini, tentera Portugis sebenarnya berjumlah 1,500 orang. Jumlah 200 darinya adalah berbangsa Portugis, manakala baki 1,300 adalah terdiri dari pekerja dan hamba abdi.
Dikatakan tentera Aceh dibantu oleh 400 orang juru meriam dari Turki Uthmaniyyah yang ditugas untuk mengendalikan 200 laras meriam. Kesemuanya dibawa dari Aceh ke Melaka dengan menggunakan 300 buah kapal jenis ghali. Menurut catatan Diogo de Cauto (1542-1616), jumlah kapal yang sebenar adalah 346 buah yang terdiri dari 3 ghali besar dari Malabar (Calicut), 3 ghali jenis 'bastardas', 60 ghali kecil jenis 'fustas' dan 'galeotas', 60 perahu Melayu jenis balang, 2 sampan besar Melayu yang memuatkan senjata dan bahan letupan, dan juga lebih dari 200 perahu Melayu jenis lancaran. Menurut Encyclopedia of Islam (1960), Sultan Selim II (1524-1574) dari Turki Uthmaniyyah telah menghantar 2 buah kapal ghali bersama tentera dan peralatan perang yang berkemungkinan besar telah digunakan semasa serangan 1568 tersebut.
Dari lakaran 1568 tersebut saya fokus kepada kawasan pendaratan kapal-kapal ghali iaitu di sebelah selatan kota Melaka. Adalah dicatatkan tentera Aceh tiba di perairan Melaka pada 20.1.1568. (Gambar 4).
Juga dilukis adalah kapal ghali yang dihantar bagi mengepung kawasan Upeh (Gambar 5). Walaubagaimanapun, nisbah tentera dan meriam tidak setinggi di sebelah Hilir.
Kapal jenis ghali digunakan kerana ianya boleh didayung untuk menghampiri daratan walaupun di perairan cetek. Tentera dapat dikerahkan dengan pantas dan berjaya mengepung bahagian selatan hingga timur kota Melaka. Saya rujuk kepada lakaran pengepungan oleh infantri Aceh tersebut (Gambar 6, 7 & 8). Kapal ghali juga memudahkan meriam-meriam bombard diturunkan untuk membedil kota Melaka dari daratan. Dalam Gambar 1 jarak pembedilan meriam dari kubu Aceh di Hilir juga digambarkan iaitu dalam jarak sasaran lebih kurang 3 hingga 4 kilometer.
Sejurus mendarat, pihak Aceh membina 3 buah kubu. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kubu pertama adalah di Hilir. Kubu kedua berdekatan bastion Madre de Deus. Manakala kubu ketiga di sepanjang sungai Melaka berhampiran bastion São Domingos. Dikatakan pihak Portugis sempat memecahkan struktur rumah di Kampung Hilir untuk mendapatkan kayu bagi perlindungan tambahan kepada struktur kubu kota Melaka. Kampung Hilir kemudian telah dibakar oleh pihak Portugis. Taktik yang sama telah digunakan Portugis iaitu dengan membakar sebahagian dari kampung Jawa dan meletakkan struktur kayu merentasi sungai Melaka berhampiran bastion São Domingos. Kayu-kayu tersebut kemudian dibakar bagi menghalang kemaraan tentera Aceh dari arah hulu sungai Melaka. Turut terbakar adalah penempatan di Bukit Cina yang dikenali sebagai São Francisco. Akan tetapi, tidak dapat dipastikan samada ia dibakar oleh pihak Portugis ataupun Aceh.
Sultan Aceh iaitu Sultan Alauddin Ri'ayat Syah al-Kahar (r.1537-1571) dikatakan memberi arahan peperangan dari puncak berhampiran São Francisco (Bukit Cina) tersebut. Kubu Aceh di tenggara kota Melaka menunjukkan kewujudan sistem komunikasi secara menggunakan bendera panjang yang dipanggil 'merawal'. Lukisan ini mungkin merupakan satu-satunya bukti yang dapat mengesahkan penggunaan bendera ketenteraan (battle ensigns) seperti "tunggul", "panji-panji", "merawal", dan "ambul-ambul" yang dicatat dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Serangan darat Aceh bermula pada 15.2.1568 di sekitar pantai berhampiran bastion São Tiago ketika air surut. Malangnya, anakanda Sultan Aceh iaitu Sultan Aru dikatakan telah terbunuh apabila Portugis menyerang kubu Aceh berdekatan bastion Madre de Deus sebelum Aceh sempat memulakan serangan.
Kesan pembedilan meriam digambarkan melalui kebakaran dan kepulan asap yang berlaku di kota Melaka dan Upeh. Walaubagaimanapun, dinding kubu di kota Melaka gagal ditembusi tembakan meriam tersebut. Selain dari faktor tembok batu yang kukuh, pertahanan Melaka yang diketuai oleh Dom Leonis Pereira juga dibuat dengan merobohkan bahagian tengah jambatan Melaka, dan dengan mendirikan tembok merentangi jalan masuk ke bandar Melaka. Juga ketika itu Portugis mendapat bantuan ketenteraan dari Kesultanan Johor. Dari segi persenjataan, meriam-meriam Portugis yang baru diperoleh dari markas mereka di India adalah lebih berkesan. Manakala jumlah juru meriam yang dihantar Turki Uthmaniyyah pula dikatakan tidak mencukupi disebabkan peperangan yang sedang berlangsung pada masa yang sama di Cyprus dan juga rusuhan yang meletus di Aden.
Jadi akhirnya kota Melaka berjaya dipertahankan oleh Portugis. Tentera Aceh berundur pada 25.2.1568 setelah 3,500 hingga 4,000 dari mereka terkorban. Pengkaji sejarah berpendapat bahawa kematian Sultan Aru telah melemahkan semangat tentera Aceh di mana Sultan Aceh telah mengarahkan pengunduran awal bagi mengurangkan korban dan juga bagi menyelamatkan senjata dari dirampas Portugis. Kemenangan kota Melaka disambut Portugis dan nama Dom Leonis Pereira menjadi sebutan rakyat diseluruh jajahannya sehingga terdapat sebuah sajak yang dikarang penyair Portugis terkemuka, Luís Vaz de Camões, berkenaan kejayaan Dom Leonis Pereira tersebut yang diibaratkan setanding dengan Leonidas semasa melawan tentera Parsi dalam Pertempuran Thermopylae.
Menurut rekod sejarah, Kesultanan Aceh dengan bantuan Empayar Turki Uthmaniyyah telah menyerang kota Melaka sebanyak lebih kurang 14 kali iaitu dari tahun 1537 sehingga 1629. Serangan-serangan ini, walaupun tidak berhasil, telah melemahkan kota Melaka dan kekuasaan Portugis di Kepulauan Melayu. Akhirnya, gabungan Kesultanan Johor dengan Belanda berjaya mengalahkan Portugis di Melaka pada tahun 1641.
Pada pendapat saya, banyak perkara boleh dipelajari dari lakaran 1568 ini. Kajian lanjut boleh dibuat berkenaan kedudukan dan jenis bangunan pada zaman tersebut. Juga terdapat satu perkara yang masih menimbulkan tanda tanya: Mengapakah mereka perlu memindahkan lakaran 1568 ini dari Portugal ke Brazil?
Jika dikaji, lakaran tahun 1568 ini telah dipindahkan ke Brazil sekitar 1807. Ketika itu, tampok pemerintahan Empayar Portugis terpaksa dipindahkan ke Brazil apabila Portugal ditakluk Perancis dan Sepanyol semasa Perang Napoleon. Dari tahun 1807 hingga 1820, Brazil menjadi pusat pentadbiran bagi Empayar Portugis. Setelah tamat Perang Napoleon, Brazil menerima kemerdekaan dan lakaran 1568 ini menjadi hakmilik Brazil yang merupakan sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Jawapannya mungkin dapat dilihat dalam catatan oleh sang pelukis disekitar imej tiang kapal di perairan selatan Pulau Jawa (Gambar 9). Ianya menyatakan bahawa Dom Leonis Pereira telah dengan sengaja menenggelamkan kapal beliau berhampiran pulau tersebut supaya muatannya tidak dapat dirampas pihak lawan. Apa yang sengaja ditenggelamkan di dalam kapal tersebut mungkin sesuatu yang berharga bagi Dom Leonis Pereira yang ketika itu tidak yakin Melaka dapat menangkis serangan Aceh dengan jumlah askar Portugis yang sedikit dan tembok batu kota Melaka yang belum siap dibina.
Diterjemah ke dalam Bahasa Inggeris, teks tersebut menyatakan seperti berikut:-
Ini bercanggah dengan catatan Diogo de Cauto (1542-1616) yang menyatakan muatan kapal tersebut sempat dikeluarkan sebelum ianya ditenggelamkan. Mungkinkah Cauto sengaja berbuat demikian untuk mengalih perhatian tentang muatan dalam kapal tersebut? Saya percaya bahawa adalah mustahil muatan kapal tersebut dikeluarkan semasa peperangan sedang berlaku. Seperti dalam lakaran tersebut, ghali pihak Aceh juga berada disekitar Pulau Jawa. Juga terdapat catatan lain yang menyatakan bahawa pihak Aceh telah meletakkan meriam di pulau tersebut untuk membedil kota Melaka (lihat Kubu Pulau Melaka). Jadi saya percaya kemungkinan besar kapal Portugis tersebut telah karam bersama muatannya seperti yang dicatat dalam teks lakaran 1568 tersebut.
Memandangkan tiada rekod Portugis tentang tindakan salvaj, dan kota Melaka kemudian diserang bertubi-tubi hingga jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641, saya percaya kapal tersebut bersama muatannya masih berada di kawasan sama yang kini telah ditambak dan dikenali sebagai Taman Pulau Melaka. Jadi lakaran 1568 ini adalah amat berharga kepada Raja Portugal, John VI, sehingga dibawa baginda ke Brazil kerana ia adalah satu-satunya peta yang menunjukkan di mana terletaknya harta yang tidak sempat diambil semula selepas pengepungan 1568 tersebut. Juga, untuk menyimpan rahsia koordinat lokasi harta yang sebenar, nama sang pelukis dengan sengaja tidak dicatatkan di atas hasil karyanya.
Rujukan:
1. Manguin, P., 1988, 'Of Fortresses and Galleys the 1568 Acehnese Siege of Melaka, after a Contemporary Bird's-eye View', Modern Asian Studies Journal, Vol. 22, Issue 3, pp 607-628, Cambridge University Press.
2. Truxillo, C.A., 2012, 'Crusaders in the Far East: The Moro Wars in the Philippines in the Context of the Ibero-Islamic World War', Jain Publishing Co., California.
3. Cauto, Da Asia, Década VIII, xxi and xxii.
4. "Eredia's Description of Malacca, Meridional India, and Cathay Translated from the Portuguese, with Notes", by JV Mills, JMBRAS, Vol VIII, 1930.
5. Encyclopedia of Islam (1960), Vol. 1, p. 743.
6. https://en.m.wikipedia.org/wiki/Siege_of_Malacca_(1568)
7. https://en.m.wikipedia.org/wiki/Ottoman_expedition_to_Aceh

Gambar 4: Tempat pendaratan tentera Aceh dan Turki Uthmaniyyah di bahagian selatan kota Melaka pada 20.1.1568. |
Juga dilukis adalah kapal ghali yang dihantar bagi mengepung kawasan Upeh (Gambar 5). Walaubagaimanapun, nisbah tentera dan meriam tidak setinggi di sebelah Hilir.
Gambar 5: Serangan Aceh di sebelah utara. |
Kapal jenis ghali digunakan kerana ianya boleh didayung untuk menghampiri daratan walaupun di perairan cetek. Tentera dapat dikerahkan dengan pantas dan berjaya mengepung bahagian selatan hingga timur kota Melaka. Saya rujuk kepada lakaran pengepungan oleh infantri Aceh tersebut (Gambar 6, 7 & 8). Kapal ghali juga memudahkan meriam-meriam bombard diturunkan untuk membedil kota Melaka dari daratan. Dalam Gambar 1 jarak pembedilan meriam dari kubu Aceh di Hilir juga digambarkan iaitu dalam jarak sasaran lebih kurang 3 hingga 4 kilometer.
Gambar 6: Tentera Aceh & Turki Uthmaniyyah menyerang bahagian selatan kota Melaka. |
Gambar 7: Tentera Aceh & Turki Uthmaniyyah mengepung bahagian tenggara kota Melaka. |
Gambar 8: Tentera Aceh & Turki Uthmaniyyah mengepung bahagian timur kota Melaka. |
Sejurus mendarat, pihak Aceh membina 3 buah kubu. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kubu pertama adalah di Hilir. Kubu kedua berdekatan bastion Madre de Deus. Manakala kubu ketiga di sepanjang sungai Melaka berhampiran bastion São Domingos. Dikatakan pihak Portugis sempat memecahkan struktur rumah di Kampung Hilir untuk mendapatkan kayu bagi perlindungan tambahan kepada struktur kubu kota Melaka. Kampung Hilir kemudian telah dibakar oleh pihak Portugis. Taktik yang sama telah digunakan Portugis iaitu dengan membakar sebahagian dari kampung Jawa dan meletakkan struktur kayu merentasi sungai Melaka berhampiran bastion São Domingos. Kayu-kayu tersebut kemudian dibakar bagi menghalang kemaraan tentera Aceh dari arah hulu sungai Melaka. Turut terbakar adalah penempatan di Bukit Cina yang dikenali sebagai São Francisco. Akan tetapi, tidak dapat dipastikan samada ia dibakar oleh pihak Portugis ataupun Aceh.
Sultan Aceh iaitu Sultan Alauddin Ri'ayat Syah al-Kahar (r.1537-1571) dikatakan memberi arahan peperangan dari puncak berhampiran São Francisco (Bukit Cina) tersebut. Kubu Aceh di tenggara kota Melaka menunjukkan kewujudan sistem komunikasi secara menggunakan bendera panjang yang dipanggil 'merawal'. Lukisan ini mungkin merupakan satu-satunya bukti yang dapat mengesahkan penggunaan bendera ketenteraan (battle ensigns) seperti "tunggul", "panji-panji", "merawal", dan "ambul-ambul" yang dicatat dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Serangan darat Aceh bermula pada 15.2.1568 di sekitar pantai berhampiran bastion São Tiago ketika air surut. Malangnya, anakanda Sultan Aceh iaitu Sultan Aru dikatakan telah terbunuh apabila Portugis menyerang kubu Aceh berdekatan bastion Madre de Deus sebelum Aceh sempat memulakan serangan.
Kesan pembedilan meriam digambarkan melalui kebakaran dan kepulan asap yang berlaku di kota Melaka dan Upeh. Walaubagaimanapun, dinding kubu di kota Melaka gagal ditembusi tembakan meriam tersebut. Selain dari faktor tembok batu yang kukuh, pertahanan Melaka yang diketuai oleh Dom Leonis Pereira juga dibuat dengan merobohkan bahagian tengah jambatan Melaka, dan dengan mendirikan tembok merentangi jalan masuk ke bandar Melaka. Juga ketika itu Portugis mendapat bantuan ketenteraan dari Kesultanan Johor. Dari segi persenjataan, meriam-meriam Portugis yang baru diperoleh dari markas mereka di India adalah lebih berkesan. Manakala jumlah juru meriam yang dihantar Turki Uthmaniyyah pula dikatakan tidak mencukupi disebabkan peperangan yang sedang berlangsung pada masa yang sama di Cyprus dan juga rusuhan yang meletus di Aden.
Jadi akhirnya kota Melaka berjaya dipertahankan oleh Portugis. Tentera Aceh berundur pada 25.2.1568 setelah 3,500 hingga 4,000 dari mereka terkorban. Pengkaji sejarah berpendapat bahawa kematian Sultan Aru telah melemahkan semangat tentera Aceh di mana Sultan Aceh telah mengarahkan pengunduran awal bagi mengurangkan korban dan juga bagi menyelamatkan senjata dari dirampas Portugis. Kemenangan kota Melaka disambut Portugis dan nama Dom Leonis Pereira menjadi sebutan rakyat diseluruh jajahannya sehingga terdapat sebuah sajak yang dikarang penyair Portugis terkemuka, Luís Vaz de Camões, berkenaan kejayaan Dom Leonis Pereira tersebut yang diibaratkan setanding dengan Leonidas semasa melawan tentera Parsi dalam Pertempuran Thermopylae.
Menurut rekod sejarah, Kesultanan Aceh dengan bantuan Empayar Turki Uthmaniyyah telah menyerang kota Melaka sebanyak lebih kurang 14 kali iaitu dari tahun 1537 sehingga 1629. Serangan-serangan ini, walaupun tidak berhasil, telah melemahkan kota Melaka dan kekuasaan Portugis di Kepulauan Melayu. Akhirnya, gabungan Kesultanan Johor dengan Belanda berjaya mengalahkan Portugis di Melaka pada tahun 1641.
Pada pendapat saya, banyak perkara boleh dipelajari dari lakaran 1568 ini. Kajian lanjut boleh dibuat berkenaan kedudukan dan jenis bangunan pada zaman tersebut. Juga terdapat satu perkara yang masih menimbulkan tanda tanya: Mengapakah mereka perlu memindahkan lakaran 1568 ini dari Portugal ke Brazil?
Jika dikaji, lakaran tahun 1568 ini telah dipindahkan ke Brazil sekitar 1807. Ketika itu, tampok pemerintahan Empayar Portugis terpaksa dipindahkan ke Brazil apabila Portugal ditakluk Perancis dan Sepanyol semasa Perang Napoleon. Dari tahun 1807 hingga 1820, Brazil menjadi pusat pentadbiran bagi Empayar Portugis. Setelah tamat Perang Napoleon, Brazil menerima kemerdekaan dan lakaran 1568 ini menjadi hakmilik Brazil yang merupakan sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Jawapannya mungkin dapat dilihat dalam catatan oleh sang pelukis disekitar imej tiang kapal di perairan selatan Pulau Jawa (Gambar 9). Ianya menyatakan bahawa Dom Leonis Pereira telah dengan sengaja menenggelamkan kapal beliau berhampiran pulau tersebut supaya muatannya tidak dapat dirampas pihak lawan. Apa yang sengaja ditenggelamkan di dalam kapal tersebut mungkin sesuatu yang berharga bagi Dom Leonis Pereira yang ketika itu tidak yakin Melaka dapat menangkis serangan Aceh dengan jumlah askar Portugis yang sedikit dan tembok batu kota Melaka yang belum siap dibina.
Gambar 9: Catatan teks disekitar kapal Portugis yang sengaja ditenggelamkan semasa serangan Aceh 1568. |
"Dom Leonis Pereira ordered his nao to be sent to the bottom with all its cargo, so that the enemy would not get hold of it"
Ini bercanggah dengan catatan Diogo de Cauto (1542-1616) yang menyatakan muatan kapal tersebut sempat dikeluarkan sebelum ianya ditenggelamkan. Mungkinkah Cauto sengaja berbuat demikian untuk mengalih perhatian tentang muatan dalam kapal tersebut? Saya percaya bahawa adalah mustahil muatan kapal tersebut dikeluarkan semasa peperangan sedang berlaku. Seperti dalam lakaran tersebut, ghali pihak Aceh juga berada disekitar Pulau Jawa. Juga terdapat catatan lain yang menyatakan bahawa pihak Aceh telah meletakkan meriam di pulau tersebut untuk membedil kota Melaka (lihat Kubu Pulau Melaka). Jadi saya percaya kemungkinan besar kapal Portugis tersebut telah karam bersama muatannya seperti yang dicatat dalam teks lakaran 1568 tersebut.
Memandangkan tiada rekod Portugis tentang tindakan salvaj, dan kota Melaka kemudian diserang bertubi-tubi hingga jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641, saya percaya kapal tersebut bersama muatannya masih berada di kawasan sama yang kini telah ditambak dan dikenali sebagai Taman Pulau Melaka. Jadi lakaran 1568 ini adalah amat berharga kepada Raja Portugal, John VI, sehingga dibawa baginda ke Brazil kerana ia adalah satu-satunya peta yang menunjukkan di mana terletaknya harta yang tidak sempat diambil semula selepas pengepungan 1568 tersebut. Juga, untuk menyimpan rahsia koordinat lokasi harta yang sebenar, nama sang pelukis dengan sengaja tidak dicatatkan di atas hasil karyanya.
Rujukan:
1. Manguin, P., 1988, 'Of Fortresses and Galleys the 1568 Acehnese Siege of Melaka, after a Contemporary Bird's-eye View', Modern Asian Studies Journal, Vol. 22, Issue 3, pp 607-628, Cambridge University Press.
2. Truxillo, C.A., 2012, 'Crusaders in the Far East: The Moro Wars in the Philippines in the Context of the Ibero-Islamic World War', Jain Publishing Co., California.
3. Cauto, Da Asia, Década VIII, xxi and xxii.
4. "Eredia's Description of Malacca, Meridional India, and Cathay Translated from the Portuguese, with Notes", by JV Mills, JMBRAS, Vol VIII, 1930.
5. Encyclopedia of Islam (1960), Vol. 1, p. 743.
6. https://en.m.wikipedia.org/wiki/Siege_of_Malacca_(1568)
7. https://en.m.wikipedia.org/wiki/Ottoman_expedition_to_Aceh
Found the History Of The Ottoman expedition to Aceh started from around 1565 when the Ottoman Empire endeavoured to support the Aceh Sultanate in its fight against the Portuguese Empire in Malacca. https://www.youtube.com/watch?v=_c2Oa4QzYXc
ReplyDelete