Prince of Wales (Prince Edward) bersama Sultan Muhammad Jamalul Alam II ibni Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin, 1922 (Sumber: Imperial War Museums, London) |
Pada tahun 1888, Brunei menjadi sebuah negeri di bawah perlindungan kerajaan British dengan mengekalkan kedaulatan dalam negerinya kecuali hal ehwal luar negara yang ditadbir British.
Sultan Muhammad Jamalul Alam II adalah Sultan dan Yang di-Pertuan Brunei Darussalam yang ke-26 yang memerintah dari tahun 1906 hingga 1924. Pada tahun 1906, dibawah pentadbiran baginda, Brunei menerima suatu lagi langkah perluasan kuasa British apabila kuasa eksekutif dipindahkan kepada seorang residen British yang menasihati baginda dalam semua perkara kecuali yang bersangkut-paut dengan adat istiadat tempatan dan agama.
Sultan Muhammad Jamalul Alam II ibni Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin (1889-1924) bersama Raja Isteri Pengiran Anak Fatimah |
Pada tahun 1906 juga Brunei dibawah baginda mempunyai bendera negara yang menjadi asas kepada warna dan jalurnya yang terkini.
Bendera Brunei dari 1906 hingga 1959 |
Kanun Tanah berpandukan Sistem Torrens diperkenalkan pada tahun 1907 di mana ianya memperjelaskan sempadan Brunei. Kanun Tanah 1907 juga menjadi pemangkin ekonomi Brunei melalui pengenalan cukai bagi sumber pendapatan dari industri getah dan juga melalui industri minyak & gas. Pada tahun 1911, sistem pendidikan negaranya diperkukuhkan dengan pembinaan sekolah-sekolah Melayu. Baginda juga menubuhkan pasukan Polis Brunei pada tahun 1921. Kemudian pada tahun 1922, rancangan pembangunan mula giat dijalankan. Pada tahun yang sama, baginda juga berpindah dari Istana Kampong Ayer ke Istana Majlis.
Pemerintahan baginda agak singkat. Penularan wabak penyakit malaria yang serius pada masa itu telah menyebabkan baginda mangkat pada 11 September 1924, ketika berusia 35 tahun. Walau bagaimanapun, atas permodenan yang dipelopori baginda, Brunei mempunyai mekanisma yang secukupnya bagi mengutip dan mentadbir hasil carigali minyak dan gas yang ditemui pada tahun 1926.
Baginda diganti oleh anakanda kedua baginda, Sultan Ahmad Tajuddin, yang memerintah sebagai Sultan Brunei ke-27 dari 1924 hingga 1950.
Setelah kemangkatan Sultan Ahmad Tajuddin, anakanda ke-5 Sultan Muhammad Jamalul Alam II iaitu Sultan Omar Ali Saifuddien III (1914-1986) dilantik sebagai Sultan Brunei yang ke-28 pada 4 Jun 1950.
Kesinambungan Kesultanan Brunei yang wujud semenjak abad ke-14 ini diteruskan dengan pemerintahan Sultan Brunei ke-29 iaitu Sultan Hassanal Bolkiah ibni Sultan Omar Ali Saifuddien III yang telah ditabalkan pada 5 Oktober 1967.
Sumber:
1. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Sultan_Muhammad_Jamalul_Alam_II
2. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Brunei
3. Imperial War Museums, London
4. Leiden University Library, Amsterdam
Baginda diganti oleh anakanda kedua baginda, Sultan Ahmad Tajuddin, yang memerintah sebagai Sultan Brunei ke-27 dari 1924 hingga 1950.
Sultan Ahmad Tajuddin ibni Sultan Muhammad Jamalul Alam II (1913-1950) sekitar tahun 1934 (Sumber: Royal Collection Trust, UK) |
Sultan Ahmad Tajuddin Akhazul Khairi Waddien ibni Sultan Muhammad Jamalul Alam II (1913-1950) bersama pegawai British memeriksa sebuah pesawat udara jenis "flying boat" model Supermarine Southampton sekitar tahun 1930. Sumber: Imperial War Museums, London. |
Setelah kemangkatan Sultan Ahmad Tajuddin, anakanda ke-5 Sultan Muhammad Jamalul Alam II iaitu Sultan Omar Ali Saifuddien III (1914-1986) dilantik sebagai Sultan Brunei yang ke-28 pada 4 Jun 1950.
Sultan Omar Ali Saifuddien III ibni Sultan Muhammad Jamalul Alam II (1914-1986) dan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Damit (Sumber: Warisanpermaisuri.blogspot.com) |
Kesinambungan Kesultanan Brunei yang wujud semenjak abad ke-14 ini diteruskan dengan pemerintahan Sultan Brunei ke-29 iaitu Sultan Hassanal Bolkiah ibni Sultan Omar Ali Saifuddien III yang telah ditabalkan pada 5 Oktober 1967.
Sultan Hassanal Bolkiah bersama ayahandanya Sultan Omar Ali Saifuddien III dan juga Prince of Wales (Prince Charles) semasa Pengisytiharan Kemerdekaan Brunei pada 1 Januari 1984. |
Sumber:
1. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Sultan_Muhammad_Jamalul_Alam_II
2. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Brunei
3. Imperial War Museums, London
4. Leiden University Library, Amsterdam