Apa yang menarik, dari pengalamannya di Melaka, Lord Minto secara spesifik mencatat perkara berikut tentang kewujudan emas di Gunung Ledang:
"Of the distant mountains the most important is Mount Ophir, which has pretensions, of which I will not pretend to judge, to be the true Mount Ophir. Certain it is that gold is collected there at this day."
Mount Ophir "sebenar" (true Mount Ophir) yang disebut Lord Minto adalah Mount Ophir yang dirujuk dalam Kitab Injil (Old Testament) yang menyatakan Nabi Sulaiman AS pernah dipersembahkan dengan emas dari Mount Ophir setiap 3 tahun sekali. Rujukan yang sama juga terdapat dalam Kitab Zabur Nabi Daud AS. Walaupun Lord Minto meragui samada ianya "Mount Ophir" sebenar, beliau menyatakan bahawa terdapat aktiviti perlombongan emas di Gunung Ledang ketika itu. Ini disokong catatan Kolonel GE Gerini iaitu bahawa emas diekstrak dari kawasan Gunung Ledang oleh orang-orang Melayu sehingga tahun 1817 (Children of the Sun, JP William, 1923).
Jadi benarkah tentera British Hindia seramai 1,200 orang jatuh sakit sejurus tiba di Melaka? Atau mungkin mereka mempunyai tugasan lain disana? Apa yang pasti, Lord Minto sendiri telah mengetuai ekspedisi 'Invasion of Java' ini walhal tiada keperluan beliau berbuat demikian. Seterusnya semasa di Melaka, Lord Minto telah mengarahkan Lieutenant James George menghasilkan beberapa lukisan landskap untuk rekod simpanan British Hindia. Antara lukisan yang dihasilkan mungkin dapat mengambarkan kawasan tugasan bagi 1,200 tentera yang perlu direhatkan tersebut:
1) sebuah lukisan air yang mengambarkan pemandangan dari arah bukit St Paul ke arah muara sungai Melaka dan kawasan penempatan di Tengkera sekitar 1811 (Gambar 1);
2) sebuah lukisan air yang menggambarkan pemandangan Gunung Ledang (Mount Ophir) dari arah bukit St Paul (1815) (Gambar 2);
Gambar 1: 'Town of Malacca in 1811', by James George (1818). Sumber: National Gallery Singapore |
Gambar 2: 'Gunung Ledang (Mount Ophir)', by James George (1815). Sumber: National Gallery Singapore |
Seperti yang kita maklum ramai dari turus tertinggi tentera British Hindia menjadi kaya raya selepas bersara. Antaranya adalah doktor yang mengikuti ekspedisi Lord Minto bernama Thomas Phillips (1760-1851) (menurut John Morgan-Guy, 2010). Mungkinkah beliau antara doktor yang merawat askar-askar di Melaka tersebut? Apa yang pasti selepas bersara, doktor tersebut mampu untuk membeli ladang tebu di Pulau St Vincent yang berharga £40,000 (kini £3.3 juta menurut kadar inflasi), dan juga berjaya mengumpul 29,000 manuskrip lama termasuk Hikayat Hang Tuah dan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) versi Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah (1785-1832), iaitu Sultan Johor ke-17 & Sultan Riau-Lingga Pertama.
Nota: Saya percaya Thomas Phillips (doktor ekspedisi Lord Minto) ini juga adalah pemilik keris sundang yang ditemui di Sungai Towy, Wales, pada tahun 2017 - Lihat: How Did An 18th Century Sword Ended Up In Wales?