Gambaran rombongan pengembara di Laluan Sutera sekitar abad ke-14 |
Orang-orang Samarkand amnya terdiri dari orang berbangsa Turkik dan beragama Islam. Samarkand pernah menjadi ibu negeri Empayar Timurid (Amir Timur / Tamerlane) sekitar abad ke-14, dan ibu negeri Uzbekistan pada abad ke-19.
Portrait Tamerlane (Timurid / Amir Timur) memegang busar dan panah, dilukis sekitar abad ke 16. |
Folio dari Surah 21 (al-Anbiya) 'Samarkand Kufic Quran' atau 'Tashkent Quran'. AlQuran abad ke-8 ini dihadiahkan pedagang Samarkand kepada Maharaja Cina. Sumber: Palace Museum, Beijing. |
Semenjak abad ke-2 sebelum Masihi, orang Samarkand mengembara hingga ke Cina melalui Laluan Sutera merentas padang pasir, gurun dan bukit dengan menunggang unta atau kuda.
Sekitar 1480an, rombongan Samarkand telah dicatatkan mengubah laluan tradisi dengan mengikuti laluan laut pula. Ini berlaku apabila Empayar Turki Uthmaniyyah beransur-ansur menutup jalan bagi Laluan Sutera setelah memberhentikan hubungan perdagangan dengan Cina bermula pada tahun 1453.
Laluan Sutera darat dan laut |
Rekod Maharaja Ming iaitu Ming Shi-Lu (MSL) bertarikh 25.6.1485 mencatatkan terdapat percubaan rombongan ufti dari Sa-ma-er-han (MSL: 撒馬兒罕) (Samarkand) yang berhasrat hendak menggunakan jalan laut untuk pulang ke negara mereka. Walaubagaimanapun, Kerajaan Ming menganggap percubaan membeli singa dan hasrat membawanya ke Guang-dong melalui jalan laut menyusuri Melaka akan mengundang malang kepada Guang-dong. Catatan dari MSL dipetik:
"The Guang-dong Provincial Administration Commissioner of the Left Chen Xuan memorialized: "It has been heard that the Sa-ma-er-han envoy is to return to his country through Guang-dong and will go via the country of Melaka to try to purchase a lion to present. The lion is a useless wild animal. Guang-dong has for repeated years suffered floods and droughts and has also been subject to earthquakes. The movement of the stars and the portents have all been unusual and the people are not at peace in their lives. It is requested that orders be quickly conferred stopping this mission."
The memorial was sent to the Ministry of Rites which held:
"We should instruct the escorts and interpreters to ensure that once the envoy arrives in Guang-dong he returns home quickly and does not cause trouble."
This was approved."
Walaupun larangan ini dikeluarkan, orang-orang Samarkand di zaman pemerintahan Sayid Ahmad II (MSL: A-hei-ma) enggan mematuhinya dan telah memilih jalan laut melalui Selat Melaka. Terdapat pelayaran yang diketuai Zuo Fu pada Oktober 1485 yang mungkin telah dinaiki oleh orang-orang Samarkand tersebut untuk ke Melaka dan kemudian ke Teluk Parsi. Ketika itu Cina diperintah oleh Maharaja Chenghua (r.1464-1487) di mana pentadbirannya dipengaruhi gundik bernama Wan Guifei (Consort Wan).
Catatan MSL bertarikh 10.12.1489 pula jelas menunjukkan pertukaran laluan orang-orang Samarkand ini di mana mereka telah memilih jalan laut melalui Melaka untuk ke Cina. Ini membangkitkan kemarahan Kerajaan Ming yang mengeluarkan larangan kedua. Saya sertakan petikan MSL di bawah pemerintahan Maharaja Hong-zhi (1487-1505):
"Under the old regulations, Sa-ma-er-han always came to offer tribute through Gan-su, where the mission was examined and sent on. At this time, the envoys who had been sent by the king A-hei-ma, came on the route from the country of Melaka, to offer lions, parrots and other goods. When they reached Guang-zhou, the regional commander and the grand defender of Guang-dong/Guang-xi advised. The Emperor stated:
"I will not accept presents of rare birds and exotic animals. The fan envoys are villainous and guileful and they have not come along the regular route. Immediately send officials to stop them and send them back. The Guang-dong grand defender and grand coordinator have violated regulations by sending them on. They should be punished. However, I am leniently pardoning them, but the Ministry of Rites is to send a despatch of instruction to them."
The Ministry of Rites re-submitted its deliberations:
"Although the yi envoys have violated regulations in coming to offer tribute, they cannot be refused. That would be excessive. They should be provided with small rewards and it may also be considered providing biao-li of variegated silks and other goods for them to confer, on their return home, upon A-hei-ma to reward his thoughts, so that he will know of the Court's benevolence in treating those from the distance with kindness."
This was approved."
Pihak Universiti Sains Malaysia dan Jabatan Warisan Negara telah menjumpai rangka orang-orang ras kaukasia di sekitar bangunan Hongkong Bank Melaka pada tahun 2007 (kawasan Kubu Middleburgh) yang dikatakan telah disiksa tetapi dikebumi secara teratur. Kawasan ini juga adalah dipercayai kawasan sempadan antara Istana Melaka dan Pelabuhan Melaka.
Didapati orang Eropah yang tiba di Melaka pada abad ke-15 ini disiksa dibahagian kaki di mana terdapat paku berukuran 4 inci yang menembusi bahagian lutut salah seorang dari mereka. Ini mungkin kesan penggunaan alat penyiksaan yang digelar "Malay boot" atau "Spanish boot".
Terdapat kemungkinan bahawa ini adalah rangka-rangka orang Samarkand yang tiba di pelabuhan Melaka di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Orang-orang Samarkand bersaiz besar dan mempunyai DNA campuran termasuk DNA Eropah, Caucus, Arab dan Asia Timur.
Lakaran orang-orang Samarkand (Uzbekistan) 1800an. |
Kemungkinan besar mereka dihukum oleh Kerajaan Ming melalui ejen-ejen Guang-dong Grand Defender & Grand Coordinator apabila tiba di pelabuhan Melaka kerana melanggari perintah Maharaja Ming untuk tidak menggunakan jalan laut. Ini juga dapat menjelaskan mengapa mereka ditanam secara teratur di kawasan tersebut. Memandangkan mereka orang Islam, jenazah mereka dikebumikan oleh orang-orang Melaka di perkuburan tempatan yang terletak berhampiran pelabuhan iaitu berdekatan Balai Mendapa Istana Melaka.
Sumber:
1. The Ming Shi-lu (veritable records of the Ming Dynasty) as a source for Southeast Asian history, 14th to 17th centuries, Geoffrey Wade (1994).
2. https://en.m.wikipedia.org/wiki/Samarkand
3. https://en.m.wikipedia.org/wiki/Boot_(torture)
No comments:
Post a Comment