Pada zaman kolonial, Kapurthala adalah sebuah Kerajaan beraja dan diperintah oleh keturunan Alhuwalia Sandhu. Pada 1877 putera raja bernama Jagatjit Singh Sahib Bahadur (1872-1949) telah dilantik sebagai Raja dan pemerintah Kapurthala di Punjab yang ketika itu adalah sebuah negeri dalam British India.
Maharaja Jagatjit Singh amat gemar mengembara. Beliau juga disifatkan sebagai seorang 'Francophile' di mana sehingga istana yang dibinanya di Kapurthala direka khas supaya menyerupai istana Versailles di Paris. Lihat Istana tersebut di Gambar 1.
Gambar 1. Istana Maharaja Jagatjit Singh, Kapurthala, Punjab. |
Pada tahun 1903, dalam pengembaraan beliau ke Jepun, beliau telah singgah ke Singapura dan Johor. Beliau disambut sebagai tetamu Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar (1873-1959). Semasa lawatan tersebut, gambar potrait Sultan Ibrahim I (Gambar 2) telah diberikan kepada Maharaja Jagatjit Singh (Gambar 3).
Gambar 2. Sultan Ibrahim I. |
Gambar 3. Maharaja Jagatjit Singh. |
Gambar 4 |
Gambar 5 |
Gambar 6 |
Gambar 7 |
Gambar 8 |
Gambar 9 |
Akhbar Perancis 'La Figaro' bertarikh 12.7.1906 juga ada mencatatkan Sultan Ibrahim dan Maharaja Jagajit Singh kedua-duanya hadir di satu majlis yang di adakan di Hotel Savoy, London sekitar Julai 1906.
Gambar 10: Sultan Ibrahim I, dirakam sekitar 1906. |
Maharaja Jagatjit Singh telah berkahwin dengan Anita Delgado iaitu seorang penari berbangsa Sepanyol pada tahun 1908. Dikatakan terdapat watak "Don Pimpón" dalam Sesame Street versi Sepanyol yang suka mengembara ke seluruh dunia dan suka memberikan hadiah. Watak Don Pimpón tersebut dikatakan berkawan dengan Maharaja negeri Kapurthala, dan dengan itu dikaitkan umum dengan kisah perkahwinan Maharaja Jagatjit Singh dengan isteri Sepanyol-nya. Akan tetapi saya berpendapat bahawa watak tersebut adalah berkisar tentang persahabatan Maharaja Jagatjit Singh dengan Sultan Ibrahim I yang juga suka mengembara dan memberi hadiah. Saya juga percaya kisah kehidupan Sultan Ibrahim I dan Maharaja Jagatjit Singh yang sebaya umurnya ini ada banyak persamaannya.
Mungkin bukti yang paling sahih saya boleh kemukakan tentang persamaan antara keduanya adalah bentuk monogram yang digunakan. Apabila diteliti persuratan yang dikeluarkan Maharaja Jagatjit Singh sekitar 1890an, adalah dipercayai bahawa kemungkinan besar monogram biru dan emas huruf "J", "A", "J" & "S" yang dihiasi imej mahkota dan pedang (Gambar 11) telah menjadi inspirasi kepada Sultan Ibrahim I untuk menggunakan monogram peribadi. Sekitar tahun 1920an, Sultan Ibrahim I telah menggunakan huruf "S" & "I", warna biru dan emas, dan juga imej mahkota negeri Johor sebagai monogram peribadi baginda (Gambar 12).
Gambar 11 |
Gambar 12 |
Monogram "S" & "I" dalam warna biru dan emas juga dapat dilihat digunakan lebih awal oleh pembesar Eropah iaitu Sigismondo Pandolfo Malatesta (1417-1468) yang memerintah provinsi Rimini di Itali. "S" adalah bagi nama Sigismondo, dan "I" bagi nama isterinya Isotta (1456-1469). (Gambar 13).
Gambar 13 |
Monogram "S" & "I" tersebut juga masih dipakai sehingga kini oleh kerana Sultan Johor yang berikutnya iaitu Sultan Ismail (1895-1981), Sultan Iskandar (1932-2010) dan Sultan Ibrahim (1958-kini) juga mempunyai singkatan nama yang sama. Waris-waris tahta Kesultanan Johor yang berikutnya iaitu Tunku Ismail & Tunku Iskandar juga akan mempunyai singkatan dan monogram yang sama.
Rujukan:
1. "My Travels in China, Japan and Java, 1903" oleh Maharaja Sir Jagatjit Singh Sahib Bahadur. Penerbit: Hutchinson & Co, 1905.
2. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Sultan_Ibrahim_ibni_Almarhum_Sultan_Abu_Bakar
3. https://en.m.wikipedia.org/wiki/Jagatjit_Singh
4. https://en.m.wikipedia.org/wiki/Anita_Delgado
5. https://en.m.wikipedia.org/wiki/Don_Pimp%C3%B3n
6. https://www.livehistoryindia.com/amp/story/history-daily%2F2019%2F02%2F26%2Fkapurthalas-francophile-maharaja
No comments:
Post a Comment