Malaya Pavilion, Wembley Park |
Peta Pameran British Empire Exhibition |
Sultan Perak ke-30 iaitu Sultan Sir Iskandar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Idris Murshidul Azzam Shah (1876-1938) bersama Tengku Permaisuri Perak ketika melawat 'British Empire Exhibition', 1924. |
Ekshibit dari Negeri-Negeri Selat, Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dipamirkan di sebuah bangunan yang didirikan khas di Wembley Park dan dinamakan Malay atau Malaya Pavilion. Lihat gambar:
Juga terdapat Sarawak Pavilion yang didirikan bersebelahan Malaya Pavilion. Lihat Malaya Pavilion di 4:03 dan Sarawak Pavilion di 4:21 dalam rakaman dibawah:
Sebuah stadium juga telah didirikan khusus untuk upacara pembukaan ekspo ini dan dinamakan Empire Stadium. Lihat video upacara pembukaan yang dirasmikan oleh King George V:
Pembinaan tapak ekspo dan stadium di kawasan seluas 220 ekar tersebut mengambil masa 10 bulan dengan menggunakan 2,000 orang pekerja. Ianya direka oleh arkitek bernama John William Simpson dan Maxwell Ayrton; dan dibina oleh syarikat pembinaan Sir Robert McAlpine & Sons Ltd.
Apa yang menarik adalah Empire Stadium ini mempunyai rekabentuk sama dengan Malaya Pavilion iaitu kedua-duanya mempunyai pengaruh arkitektur Roman bercampur Mughal. Bentuk rekaan sebegini boleh kita lihat di bangunan-bangunan era Empayar Mughal di India, dan juga dalam rekabentuk Bangunan Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek, dan Bangunan Stesyen Keretapi di Kuala Lumpur.
Setelah tamat ekspo, Malaya Pavilion bersama-sama Pavilion jajahan British lain telah dirobohkan. Atas cadangan ahli exco penganjur British Empire Exhibition iaitu Sir James Stevenson, dan juga campurtangan Arthur Elvin yang ditugas untuk kerja-kerja meroboh, perintah untuk meroboh Empire Stadium telah dibatalkan. Ianya kemudian ditukar nama kepada Wembley Stadium, iaitu stadium bagi pasukan bolasepak England, dan bagi perlawanan FA Cup Final dari 1923 sehingga ianya dirobohkan 80 tahun kemudian iaitu pada tahun 2003.
Wembley Stadium (c.1937) |
The Old vs The New Wembley Stadium |
Juga diselamatkan adalah bangunan Palace of Engineering, British Government Pavilion, Palace of Industry dan sebahagian dari Palace of Arts. Kawasan bangunan Malaya Pavilion tersebut kini menjadi tapak bagi bangunan apartmen Quadrant Court Wembley.
Palace of Engineering |
British Government Pavilion |
Palace of Industry |
Palace of Arts |
Rujukan:
1. https://en.m.wikipedia.org/wiki/British_Empire_Exhibition
2. https://en.m.wikipedia.org/wiki/Wembley_Stadium_(1923)
3. Clendinning, Anne. “On The British Empire Exhibition, 1924-25.” BRANCH: Britain, Representation and Nineteenth-Century History. Ed. Dino Franco Felluga. Extension of Romanticism and Victorianism on the Net. Web accessed on 13.11.2019.
4. British Pathé and the Reuters historical collection.