Popular Posts

Showing posts with label Kelab Selangor. Show all posts
Showing posts with label Kelab Selangor. Show all posts

Monday 15 June 2020

Pengeboman Kuala Lumpur



Pada 7.1.1942, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pulau Pinang jatuh ke tangan Jepun. Selepas Pertempuran Slim River, objektif Jepun seterusnya adalah untuk menawan Kuala Lumpur iaitu ibu negeri Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan juga markas bagi Tentera Udara DiRaja British (RAF).

Sebelum serangan darat bermula, tentera udara Jepun terlebih dahulu melancarkan serangan udara ke atas Kuala Lumpur pada 21 dan 22 Disember 1941. Lebih banyak pengeboman dilakukan pada 25 dan 27 Disember 1941. Serangan-serangan ini tidak dapat ditangkis RAF. Pengeboman terakhir adalah pada 10.1.1942, iaitu sehari sebelum Kuala Lumpur jatuh ke tangan Jepun.




Klip filem simpanan Imperial War Museum ini menggambarkan kerosakan selepas pengeboman tentera udara Jepun ke atas Kuala Lumpur pada 5.1.1942. Kelihatan sebahagian bangunan Kelab Selangor yang musnah. Juga kelihatan pasukan bomba Kuala Lumpur dengan bantuan jentera bomba jenis Leyland FT3A sedang berusaha memadamkan kebakaran pada sebuah kereta dihadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Pada 7.1.1942, British telah memutuskan untuk meninggalkan Selangor dan Negeri Sembilan, dan mula berundur ke Johor dan kemudian ke Singapura. Kuala Lumpur menjadi huru hara dengan kedai-kedai dipecah masuk rakyat tempatan. Ketika British berundur, mereka meneruskan dasar bumi hangus (scorched earth) dengan membakar aset-aset dan infrastruktur penting.  Namun usaha ini tidak begitu menjejaskan kemaraan tentera Jepun.

Sumber: Imperial War Museums, London.




Ekspedisi Wilkes (1838-1842)

Kapal USS Vincennes, yang memuatkan 190 anak kapal dan merupakan kapal utama Ekspedisi Wilkes. Singapura adalah destinasi terakhir yang dila...