Titah ucapan dari Raja-Raja Melayu Negeri-Negeri Melayu Bersekutu kepada King George V (1865-1936) sempena sambutan Jubli Perak Raja England tersebut pada 6.5.1935. Ianya dipamirkan di Istana Windsor bersama-sama sarung watikah gading dan kotak jati berhias sutera biru.
Rekod Istana Windsor mencatat seperti berikut:-
"A Silver Jubilee address with elaborate illuminated border around two and a half sides. It has an accompanying plain ivory cylinder casket (with screw fittings) with a blank reserve where the now loose brass plaque was once attached and a plain wooden presentation box, lined in blue silk."
Dalam membalas ucapan dan menzahirkan tanda terima kasih, King George V telah merekodkan titah ucapannya buat julung-julung kali di mana titah ucapan tersebut menjadi latar kepada rakaman klip upacara Jubli Perak yang disimpan oleh British Pathé.
King George V mangkat akibat bronkitis pada 20.1.1936 iaitu lebih kurang 8 1/2 bulan selepas upacara sambutan Jubli Perak tersebut.
Sumber:
1. Royal Collection Trust.
2. British Pathé.
Advertisement
Advertisement
No comments:
Post a Comment