Gambar 2. Litograf berdasarkan lukisan karya Kapten François-Edmond Pâris bertajuk 'Pindjajap au mouillage et appareillan' iaitu Penjajap sedang berlabuh. (c. 1830, Melaka) |
Gambar 3. Litograf berdasarkan lukisan karya Kapten François-Edmond Pâris bertajuk 'Caboteur Malais nomme Lantcha' iaitu perahu Melayu yang dinamakan Lantcha (Lancharan). (c. 1830, Melaka) |
Gambar 4. Litograf berdasarkan lukisan karya Kapten François-Edmond Pâris bertajuk 'Caboteurs Malais au plus pres du vent' iaitu perahu Melayu ditiup angin. (c. 1830, Melaka) |
Secara amnya, perahu-perahu Melayu ini bersaiz sederhana iaitu 40 hingga 80 kaki panjangnya, dan menggunakan kombinasi layar dan juga pendayung. Dibanding dengan lukisan-lukisan awal oleh Portugis pada abad ke-16 & 17, didapati tiada banyak perbezaan dari segi rekabentuk. Dari segi layar pula ada yang menggunakan layar tambahan tipikal Barat. Manakala dari segi saiz, perahu Melayu abad ke-19 adalah jauh lebih kecil dari perahu-perahu yang ditemui oleh Portugis pada awal abad ke-16. Ini adalah kesan undang-undang penjajah yang menghadkan saiz maksima kapal. Khususnya, peraturan Belanda yang melarang penduduk tempatan dari membina kapal dengan muatan lebih daripada 50 tan.
Saiz dan dimensi dalam gambar-gambar ini juga jauh lebih kecil dari saiz binaan dan keupayaan sebenar tukang-tukang kapal Nusantara yang dikatakan boleh membina perahu besar jenis Jong, Penjajap gergasi dan Ghali yang boleh memuatkan 700 orang dan membawa muatan sehingga 1000 tan.
Rujukan:
Essai sur la Construction Navale des Peuples Extra-Européens (Essay on Non-European Naval Architecture) (1841)
No comments:
Post a Comment