Popular Posts

Friday 6 December 2019

Kesan Akta Lagu Kebangsaan 1968

Lagu Negaraku atau Lagu Kebangsaan ada 3 versi iaitu versi penuh (versi DiRaja), versi ringkas, dan versi pendek. Seksyen 3(2) Akta Lagu Kebangsaan 1968 (Akta 808) membolehkan Lagu Kebangsaan dinyanyikan dalam versi penuh (versi DiRaja) untuk tujuan mengajar murid-murid menyanyikannya. Seksyen 7 Akta 808 memperuntukkan bahawa apabila ia dinyanyikan, versi penuh tersebut hendaklah (wajib) dilafazkan.

Menurut Seksyen 2, "Lagu Kebangsaan" adalah seperti dalam Jadual Akta 808 (Gambar 1 & 2) di mana liriknya adalah hanya dalam Bahasa Kebangsaan. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Bahasa Kebangsaan di Malaysia adalah Bahasa Melayu. Seksyen 8 pula memerlukan semua orang berdiri sedia sebagai tanda hormat semasa Lagu Kebangsaan dimainkan.

Gambar 1

Gambar 2


Adalah menjadi kesalahan dibawah Seksyen 8(1) sekiranya seseorang itu tidak berdiri atau menunjukkan sikap tidak hormat (Pengecualian: tidak perlu berdiri semasa dimainkan dalam suatu penyiaran atau filem berita). Maksud "tidak hormat" dalam Akta 808 adalah kegagalan untuk berdiri atau apa-apa perbuatan atau peninggalan yang berkecenderungan untuk merendahkan prestij Lagu Kebangsaan pada pandangan orang awam. Pihak Polis dibenarkan menangkap suspek tanpa waran; dan sekiranya disabit kesalahan, Seksyen 8(3) memperuntukan hukuman denda tidak lebih RM100 atau penjara maksima 1 bulan.

Akta 808 ini telah memperuntukkan secara spesifik bahawa semasa ingin mengajar Lagu Kebangsaan kepada murid-murid, ianya perlu dinyanyikan dalam versi penuh (versi DiRaja) dan di dalam Bahasa Kebangsaan. Jadi tiada ruang atau pengecualian untuk ianya dinyanyikan dalam bahasa lain selain Bahasa Kebangsaan. Pada pendapat saya, berpandukan Akta 808 ini, usaha guru untuk membuat murid-murid faham maksud senikata Lagu Kebangsaan dalam bahasa selain dari Bahasa Kebangsaan tidak boleh dibuat dalam bentuk nyanyian lagu tersebut. Ianya hanya boleh dibuat dalam terjemahan lirik melalui penulisan semula dalam bahasa yang ingin diterjemahkan tanpa melibatkan muzik, lafaz nyanyian, dan keadaan berdiri sedia tanda hormat.

Rujukan:

1. Perlembagaan Persekutuan
2. Akta Lagu Kebangsaan 1968 (Akta 808)


1 comment:

  1. Sjkc xperlu ade...singapura boleh menutup skjc..kenapa malaysia tidak...sbb pemimpin malaysia gila kuasa takut ilang kuasa..

    ReplyDelete

Ekspedisi Wilkes (1838-1842)

Kapal USS Vincennes, yang memuatkan 190 anak kapal dan merupakan kapal utama Ekspedisi Wilkes. Singapura adalah destinasi terakhir yang dila...