Gambar 1 |
Walaupun kita tiada rekod tentang rekabentuk dan dimensi skuner Baginda Omar, contoh terdekat mungkin boleh dilihat dalam lakaran Warington Smyth ini yang dihasilkan sekitar tahun 1906 (Gambar 1), skuner-skuner bentuk Eropah yang berlabuh di Singapura pada tahun 1938 (Gambar 2), dan lukisan skuner oleh pelukis2 Eropah (Gambar 3).
Gambar 2 |
Gambar 3 |
Skuner Melayu yang mencontohi skuner Baginda Omar ini dikenali sebagai Perahu Pinas, Pinis atau Pinisi yang berasal dari perkataan Perancis "pinasse" yang bermaksud bot atau kapal ringan. Jika ukiran tradisi diletak dibahagian hadapan kapal, ianya dipanggil Perahu Pinis Gobel. Sekiranya tiada ukiran tersebut, ianya dipanggil Perahu Pinis Dogol.
Selain dari kulit kapal (hull) berbentuk skuner Eropah dengan bahagian belakang yang bulat, ianya juga mencontohi sistem layar "gaff schooner" yang lengkap dengan "main sail", "top-sail", "fore staysail", "inner jib" & "outer jib". Lama kelamaan, struktur layar skuner Eropah ini ditukar kepada layar tikar struktur "batten sail" atau "junk rig" yang merupakan layar tradisi perahu-perahu Terengganu kerana ianya lebih murah, praktikal dan mudah dikendali (Lihat Gambar 4).
Pada gambar 1, jelas ia adalah gabungan di antara perahu pinis Terengganu dengan perahu pinis Makassar. Ataupun boleh juga dikatakan ia adalah reka bentuk asal perahu pinis Terengganu sebelum layarnya ditukar kepada reka bentuk junk rig.
ReplyDelete