Dalam diam, Confederate States disokong orang-orang kelas atasan British. Terdapat litograf (Gambar 1) dan gambar (Gambar 2) yang membuktikan sebuah kapal Confederate States yang dibenarkan berlabuh di Singapura yang ketika itu dikuasai British East India Company.
Gambar 1 - CSS Alabama di Singapura, 1863 |
Gambar 2 - Fotograf CSS Alabama di Singapura, Disember 1863 |
Jika dikaji, Confederate States sebenarnya telah dibantu British dengan pembinaan 5 buah kapal perang di United Kingdom. Ia terdiri dari CSS Florida, CSS Shenandoah, CSS Tallahassee, CSS Lark, dan CSS Alabama. Pelbagai helah dan penyamaran dibuat untuk membantu melengkapkan kapal-kapal ini dengan senjata yang diperlukan.
Hasilnya, satu dari kapal tersebut iaitu CSS Alabama berjaya membuat 7 pelayaran serangan serata dunia selama 534 hari di mana ia berjaya menawan 450 kapal, mengalahkan dan membakar 65 kapal Union, dan menahan lebih dari 2,000 anak kapal dan penumpang kapal-kapal Union.
Direkodkan bahawa pelayaran ke-7 dan ekspedisi serangan terakhir CSS Alabama terhadap kapal-kapal dagang Union berlaku di Selat Melaka pada sekitar Disember 1863 iaitu sebelum ia belayar ke Eropah untuk kerja-kerja pembaikian. Direkodkan 3 kapal dagang Union telah diserang dan dibakar oleh CSS Alabama di Selat Sunda sekitar November 1863, dan 3 kapal dagang Union menerima nasib yang sama di Selat Melaka sekitar akhir Disember 1863. CSS Alabama akhirnya ditewaskan oleh kapal perang Union iaitu USS Kearsarge di pelabuhan Perancis pada bulan Jun 1864. (Gambar 3).
Gambar 3 - USS Kearsarge vs CSS Alabama, Antonio Jacobsen (1914) |
Setelah tamat perang saudara, melalui suatu kes tribunal antarabangsa (Alabama Claims), British telah diperintahkan untuk membayar US$15.5 juta (US$295 juta pada kadar semasa) sebagai pampasan terhadap kapal-kapal yang dimusnahkan oleh CSS Alabama.
Rujukan:
1. https://en.m.wikipedia.org/wiki/CSS_Alabama
2. https://en.m.wikipedia.org/wiki/Alabama_Claims
3. http://www.navyandmarine.org/ondeck/1862semmes.htm
No comments:
Post a Comment