Popular Posts

Friday 29 November 2019

Harimau Jadian Melaka


Gambar hiasan

Menurut Eredia (1613), penduduk Portugis Melaka mengalami masalah keselamatan setelah menjajah Melaka. Selain dari serangan balas orang-orang Melayu dan orang asli (dipanggil 'Orang Benua'), penduduk kota Melaka sentiasa diserang harimau. Menurut catatan Portugis "arymos" iaitu harimau tersebut dipercayai harimau jadian.

Dikatakan Eredia bahawa Orang Benua mengamalkan ilmu sihir dan boleh bertukar menjadi harimau, biawak, buaya, burung dan ikan dengan meminum air herba dipanggil "vilca" untuk berhubung dengan "Diabo" (syaitan) atau "Putry Gunoledam" (Puteri Gunung Ledang).

Ancaman harimau jadian terhadap penduduk Portugis Melaka amat serius sehingga uskup Melaka yang pertama iaitu Dom Jorge de Santa Luzia (1558-1578) terpaksa membuat upacara khas di gereja dan mengisytihar pengamal ilmu sihir tersebut sebagai ancaman  awam dan dengan itu diharamkan dan ditentang pihak gereja Katolik melalui pengisytiharan yang dipanggil 'excommunication'.

Tidak dicatatkan Eredia apa yang dilakukan kepada pengamal sihir yang ditangkap. Tapi saya percaya ianya sama dengan hukuman terhadap pengamal sihir zaman pertengahan di Eropah iaitu dengan membakar mereka hidup-hidup berpandukan tatacara 'Malleus Maleficarum' (Hammer of Witches) yang ditulis Heinrich Kramer atau Henricus Institoris pada 1487.


'Malleus Maleficarum' (Hammer of Witches) yang ditulis Heinrich Kramer atau Henricus Institoris pada 1487.


Kejayaan penghapusan harimau jadian oleh uskup Dom Jorge de Santa Luzia ini dikatakan oleh Eredia sebagai punca ramai orang Chelia Melaka, yang sebelum itu menyembah berhala, membuat keputusan menganuti Agama Katolik pada tahun 1560.

Sumber:

"Eredia's Description of Malacca, Meridional India, and Cathay Translated from the Portuguese, with Notes", by JV Mills, JMBRAS, Vol VIII, 1930.


No comments:

Post a Comment

Ekspedisi Wilkes (1838-1842)

Kapal USS Vincennes, yang memuatkan 190 anak kapal dan merupakan kapal utama Ekspedisi Wilkes. Singapura adalah destinasi terakhir yang dila...