Popular Posts

Tuesday, 22 October 2019

Tuão Bandão - Pejuang Melayu Melaka Berani Mati



Semasa menyerang kota Melaka Alfonso de Albuquerque mencatatkan terdapat seorang pahlawan Melaka bernama "Tuão Bandão". Beliau adalah seorang ketua angkatan tentera Sultan Melaka yang diberi gelaran "Capitão do Rey de Malaca" (Captain of the King of Malaca).

Albuquerque mencatat tentera Melaka berjuang dengan amat berani dan dilengkapi pelbagai senjata api termasuk istinggar dan meriam bombard. Spesifik kepada pahlawan bernama Tuão Bandão tersebut, satu bab iaitu Bab 23 dalam "Comentários de Afonso de Albuquerque' dikhususkan baginya; di mana diceritakan Tuão Bandão tersebut telah mara ke kawasan jambatan dari arah bandar Melaka bersama-sama 700 orang tentera dan panji-panji pasukannya.

Malangnya tentera Tuão Bandão dikepung dari 3 penjuru di kawasan jambatan Melaka dan mereka telah gugur ditangan tentera Portugis. Pengorbanan Tuão Bandão dan 700 pengikutnya sebenarnya telah mengalih perhatian Portugis dan dengan itu memberi sedikit masa bagi Sultan Melaka dan 2,000 orang tentera Sultan untuk berundur seketika ke arah Bukit Melaka dan berkumpul semula sebelum menjalankan serangan seterusnya.

Juga yang menarik di sini adalah bukan sahaja kesetiaan dan keberanian beliau berjuang hingga ke akhir hayat, tetapi penggunaan perkataan Tuão  (maksud Ketua) dalam lidah Portugis zaman itu yang fonetiknya sama dengan perkataan "Tua" yang diketahui kini. Pada pendapat saya, sama seperti nama "Hang Tuah / Tooah / Tua", nama "Tuão Bandão" ini adalah juga suatu nama gelaran atau mungkin nama jawatan yang dipegang i.e. Ketua Bandar. Jadi catatan Albuquerque ini adalah merupakan salah satu bukti kontemporari penggunaan perkataan "Tua" ( " توه " / "Tooah" ) dalam konteks penamaan  seseorang yang diiktiraf sebagai ketua atau pegawai berjawatan teratas dalam hierarki hulubalang di zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Rujukan: 'Comentários de Afonso de Albuquerque' versi terjemahan Walter de Gray Birch (1875)

Gambar hiasan: kredit Says.com


!

No comments:

Post a Comment

Ekspedisi Wilkes (1838-1842)

Kapal USS Vincennes, yang memuatkan 190 anak kapal dan merupakan kapal utama Ekspedisi Wilkes. Singapura adalah destinasi terakhir yang dila...