Popular Posts

Tuesday 22 October 2019

Orang Melaka Sekitar Abad Ke-16


Litograf ini adalah dari buku yang dicetak pada tahun 1609 di Frankfurt. Lukisan-lukisan pelayar awal mula dikumpul seorang rakyat German bernama Theodore de Bry (1528-1598) sekitar 1590. Terdapat 6 bahagian dicetak de Bry sebelum beliau meninggal dunia pada tahun 1598.

Kerja-kerja cetakan telah disambung keluarga de Bry yang berjaya menghasilkan 54 bahagian sekitar tahun 1630. Versi German mula dicetak pada tahun 1599. Manakala versi Latin seperti dalam gambar ini mula dicetak pada tahun 1609.

Khusus kepada litograf ini, ia dinamakan "Mercatorum Extra. Neorum in Bantam Alia" iaitu lakaran pedagang-pedagang luar Bantam (Banten). Di dalam penerangan ada dicatatkan bahawa ianya adalah lakaran orang-orang dari Melaka. Khusus kepada litograf ini, ia dinamakan "Mercatorum Extra. Neorum in Bantam Alia" iaitu lakaran pedagang-pedagang luar Bantam (Banten). Di dalam penerangan ada dicatatkan bahawa ianya adalah lakaran orang-orang dari Melaka. Sekiranya dibanding garis masa, Melaka ketika itu masih dibawah pemerintahan Portugis.



No comments:

Post a Comment

Ekspedisi Wilkes (1838-1842)

Kapal USS Vincennes, yang memuatkan 190 anak kapal dan merupakan kapal utama Ekspedisi Wilkes. Singapura adalah destinasi terakhir yang dila...