Gambar ini adalah gambar keris-keris Bugis abad ke-18 yang dilelong oleh Sotheby's di London pada 7.10.2009. Dipercayai 2 keris panjang bersarung perak dalam gambar ini digunakan untuk menyalang iaitu hukuman bunuh di zaman pemerintahan Daeng Chelak (r. 1728-1745) dan Daeng Kemboja (r. 1745-1777); di mana pesalah yang dijatuhkan dengan hukuman mati akan ditikam dari bahagian lekuk bahu kiri ke bahagian jantung.
Keris panjang sebelah kanan dalam gambar ini dipercayai digunakan di zaman pemerintahan Daeng Chelak (Yang Dipertuan Muda (YDM) Johor-Riau II). Ini adalah kerana ada dicatat tahunnya iaitu "1155" Hijrah (1742-1743 Masihi) di atas tulang keris.
Manakala keris panjang sebelah kiri dalam gambar mengandungi ukiran nama "Raja Fatimah" dan tahun "1178" Hijrah (1764-1765 Masihi) di bahagian sampir keris. Raja Fatimah (Srikandi Riau) adalah anak kepada Daeng Marewah (YDM Johor-Riau I) (mangkat 1728). Raja Fatimah juga adalah isteri kepada Daeng Kemboja (YDM Johor-Riau III) (mangkat 1777). Semasa pemerintahan Daeng Kemboja jawatan Engku Kelana (Timbalan YDM) telah diwujudkan dan sepupu mereka, Raja Haji Fisabillilah (1727-1784), telah dilantik sebagai Engku Kelana yang pertama.
Apa yang menarik, sampir keris panjang dengan catatan nama "Raja Fatimah" tersebut juga diukir dengan kalimah Basmallah, kalimah Tauhid, dan sepotong ayat Al-Quran iaitu:
"كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ"
yang bermaksud "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati". Potongan ayat ini boleh didapati dalam 3 surah iaitu Surah Al-'Imran (III), di permulaan Ayat 185; Surah al-Anbiya (XXI), di permulaan Ayat 35; dan Surah al-'Ankabut (XXIX), di permulaan Ayat 57.
Keris di bahagian tengah pula terdapat tulisan Jawi yang mungkin menyatakan nama dan asal usul pemiliknya iaitu "Tengku Isa Kuala Berang Tringkanu". Mungkinkah beliau pemilik terakhir keris-keris ini sebelum kesemuanya dibawa ke England?
Semasa katalog lelongan dikeluarkan pada tahun 2009, tiada penerangan tentang kaitan keris-keris ini dengan pemerintahan Daeng Chelak dan Daeng Kemboja. Keturunan putera-putera Bugis dari Sulawesi ini adalah suatu kuasa de facto yang paling berpengaruh dalam penubuhan beberapa Kesultanan di Nusantara. Juga dalam penerangan lelongan nama Raja Fatimah telah disalah transliterasi sebagai "Raj Fatma" dan keris beliau telah diberi tahun yang salah iaitu 1278H (1861-62M). Ini mungkin telah menyebabkan nilai ketiga-tiga keris ini hanya dianggar dari GBP4,000 hingga GBP5,000 oleh pihak pelelong.
Menurut rekod Sotheby's lagi, keris-keris ini iaitu Lot 160 tidak berpindah tangan semasa lelongan pada 7.10.2009. Tidak beberapa jelas tentangnya kecuali dicatat 3 kemungkinan iaitu samada lelongan ditarik balik atas arahan pemilik, tidak jadi dilelong atas arahan pelelong, atau tiada pembida.
Kemaskini:
Penulis dimaklumkan bahawa dua bilah keris salang tersebut berada dalam koleksi Tuan Muhamad Halid Bani dari Singapura.
Kredit foto: Tuan Muhamad Halid Bani. |
Kedua dua keris penyalang itu, ada dalam koleksi saya, alhamdulillah
ReplyDeleteEBOBET
ReplyDeleteLIVECHAT RESMI EBOBET
BANDAR BOLA TERPERCAYA
AGEN SLOT GAME
DAFTAR JUDI BOLA
BANDAR JUDI ONLINE
BANDAR ONLINE TERBESAR
BANDAR SLOT GAME 2020
SLOTGAME TERBARU
DAFTAR SLOT GAME
SITUS JUDI ONLINE TERBESAR
BONUS SLOT GAME
POKER ONLINE
PREDIKSI PARLAY 2020
PREDIKSI BOLA
DAFTAR SITUS JUDI BOLA
BANDAR BOLA
BOCORAN TOGEL 2020
BOLA88
AGEN BOLA 2020
IDN POKER
AGEN LIVE CASINO
AGEN JUDI ONLINE
JUDI POKER UANG ASLI
TARUHAN BOLA
DEPO PULSA
EURO 2020
NONTON FILM GRATIS
DAFTAR SLOT ONLINE